PARASIT YANG MEMBIAK - Tinta Jumaat siri ke 23



Bulan Syaaban menyaksikan sebuah peperangan di antara qabilah Bani Mustaliq di bawah kepimpinan Al – Harith bin Abi Dirar dan ketenteraan Islam di bawah kepimpinan Baginda Rasulullah S.A.W. Peperangan ini berlaku pada tahun keenam Hijrah mengikut qaul yang paling sahih.
Beberapa titik penting yang boleh didapati daripada lipatan sirah peperangan ini yang mampu kita ambil intipatinya; antaranya:
· Sikap sebenar golongan munafiq dalam peristiwa Bani Mustaliq :

Abdullah bin Ubai merupakan seorang bapa munafiq pada era pembinaan Islam di Madinah. Dia bersama-sama pengikutnya turut serta di dalam Peperangan Bani Mustaliq bersama tentera Muslim. Abdullah bin Ubai telah mengambil kesempatan daripada perselisihan yang berlaku antara dua orang sahabat Muhajirin dan Ansar. Dia telah melagakan dua orang sahabat ini sepertimana yang dirakamkan oleh Allah Taala di   dalam Surah  At-Taubah ayat 47:

Kalaulah mereka keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah  mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu,dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) di kalangan kamu,sedangkan di antara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim”.

          Lalu telah sampai perkhabaran berkaitan hasutan Abdullah bin Ubai kepada Rasulullah S.A.W. Namun Rasulullah S.A.W membiarkan  sahaja demi mengelak daripada fitnah yang lebih besar.

· PengIslaman tawanan Bani Mustaliq :

             Para tawanan dibahagikan di kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W, dan kebetulan Juwairiyah binti Al-Harith (anak kepada pemimpin Bani Mustaliq) di bawah tawanan Rasulullah S.A.W. Lalu Al-Harith datang untuk menebus kembali anaknya dengan membawa beberapa ekor unta, namun apabila tiba di Lembah ‘Aqiq dia telah menyembunyikan dua ekor untanya kerana berasa kasih akan unta tersebut. Lalu dia datang menemukan Rasulullah S.A.W, lalu Rasulullah bersabda: “Mana dua lagi ekor unta yang telah disembunyikan olehmu di Lembah ‘Aqiq?”

Al-Harith terkejut lalu mengucapkan syahadah dan dia menganut Islam diikuti anak-anaknya dan beberapa kaumnya yang telah ditawan dan Rasulullah berkahwin dengan anaknya dan menjadi salah seorang Ummuhatul Mukminin.

Walaupun peperangan ini berskala kecil, ia tetap memberi impak yang besar di dalam perjuangan Islam. Ia mengajar kita selaku ummat Islam untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengkaji tentang kebenaran sesuatu perkara dalam bertindak. Wajarlah kita mengikut ajaran Rasulullah S.A.W dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

“Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan“

Disediakan oleh :

Hanis Madihah binti Meor Hamdan
Fasilitator
BKASM sesi 2015/2016


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG