KEBAJIKAN BERTERASKAN WAHYU ILAHI Nukilan Siswa siri 11
Pemilihan Mekah sebagai tempat bermulanya penyebaran Islam
menjadi tanda tanya ramai pengkaji sejarah. Mana tidaknya, ia kawasan yang
tandus malah dipenuhi dengan kehidupan berasaskan jahiliah. Sedangkan Rom dan Parsi
pada waktu itu, telah jauh meninggalkan bangsa arab dalam aspek kemajuan
Negara. Tapi mengapa nabi tidak dipilih di kalangan bangsa Rom dan Parsi?
Bukankah lebih mudah menyebarkan Islam dalam keadaan harta dan segala keperluan
mencukupi?
Sesuatu
yang boleh kita perhatikan dalam sejarah Kerasulan Baginda S.A.W, ketamadunan
manusia yang sebenar tidak bermula dengan material, tetapi bermula dengan
tarbiah berbentuk akidah dan keimanan.
Maka
tidak hairanlah Saidina Umar al-Khattab R.A dengan lantang berkata :
“
Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan Islam”
Tanpa
menafikan kepentingan dunia dan harta benda dalam melayari kehidupan yang fana
ini, aspek pembanggunan insan perlu lebih diutamakan. Rasulullah sendiri
mementingkan pembanggunan ini dalam jati diri umat Islam lebih 10 tahun di bumi
Mekah. Seandainya kita merasakan kebajikan itu hanya berbentuk material dan
kebendaan, kita akan dapati Baginda sendiri gagal memberikan kebajikan kepada
umatnya!
Namun,
ia tidak begitu. Masyarakat yang dahaga dan kelaparan memerlukan makanan untuk
melakukan sesuatu perkara ataupun pekerjaan. Peranan kita bukan sahaja
memastikan masyarakat kenyang sahaja. Ya, perut yang kosong itu perlu diisi.
Tetapi, mereka juga ada hati yang kosong. Ia juga perlu diisi dengan keimanan
kepada Ilahi, agar tenaga yang dihasilkan selepas mereka berada dalam keadaan
yang kenyang mampu disalurkan ke arah kebaikan.
Oleh
yang demikian, satu perkara yang perlu kita faham bahawa kebajikan yang sebenar
bermula dengan menanamkan keimanan kepada Allah. Agar nikmat material yang
Allah S.W.T kurniakan kepada kita selepas itu dapat diuruskan sebaiknya ke arah
mencapai keredaanNya.
Selaras
dengan firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud :
“Bukanlah perkara kebajikan itu
hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu
adalah berimannya seseorang kepada Allah S.W.T dan hari akhirat.” (Surah
al-Baqarah : ayat 177)
“Memurnikan Pemikiran Meribat
Kebersamaan”
Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Hafiz bin Rasimi
Ketua Jabatan Fasiitator
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan