HATI YANG PUAS LAGI DIREDAI Nukilan Siswa siri 15
Firman Allah
S.W.T yang bermaksud :
“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah),
kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke
dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” (Surah Al Fajr
: ayat 27-30)
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi
bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan
membersihkan seluruh kehidupannya. Di antara cara-cara memimpin
hati adalah ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya adalah untuk mengenal
sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tiada ilmu tentangnya,
sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Begitu juga dengan sifat-sifat
mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Pelbagai
perkara dapat kita lakukan untuk mendapatkan hati yang bersih antaranya melalui
Mujahadatunnafsi, Istiqamah,Tafakur,bergaul dengan orang yang baik
dan pimpinan mursyid.
Mujahadatunnafsi itu perlu menempuh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli
– mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli
- mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli
- terasa kebesaran dan kehebatan Allah S.W.T atau sentiasa rasa bertuhan.
Seterusnya untuk mendapatkan hati yang bersih perlulah
bersikap istiqamah (tetap) beramal adalah merupakan salah satu daripada
benteng-benteng iman. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah
mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya,
tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk
masuk ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Yang penting dalam beramal adalah
mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah
sedikit, asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak
kekal. Contohnya, membaca Al-Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat
pada setiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali.
Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus
rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen
setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.
Pelbagai manfaat yang bakal kita
peroleh dari sikap istiqamah antaranya amalan yang dibuat secara istiqamah akan
berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan
akan melekukkan batu tersebut. Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang
tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
Tujuan beramal dan membersihkan hati agar
iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat
buahnya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan
sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman
kita. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada
memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang pertahanan kita terhadap
musuh-musuh itu. Maknanya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman
dan akhlak kita.
Imam
Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa
berbekas di hati.”
Maka sebagai muslim yang menuntut ilmu dan
melakukan gerak kerja Islam perlulah mempunyai hati yang bersih agar setiap
perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah S.W.T dan jadikan reda
Allah adalah matlamat yang utama.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh:
Syaidatul Humaira' binti Mohd Naim
Timbalan Bendahari Kehormat
BKASM sesi 2016/2017
Timbalan Bendahari Kehormat
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#Bersatu Berbakti
#BersamaBersatu
#Bersatu Berbakti
Ulasan
Catat Ulasan