MUSLIMAH MUKMINAH Nukilan Siswa Siri 43

Dia wanita bangsawan yang berfikiran murni dan miliki kecerdasan yang tinggi. Takdir Allah menghendaki iman menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam justeru bangkit menepis debu-debu jahiliyyah dan mengusung panji tauhid. Srikandi ini tercatat sebagai sahabat dalam kalangan wanita yang setia di sisi Rasulullah. Safiyyah binti Abdul Mutalib merupakan bonda kepada Zubair bin al-‘Awwam . Bertitik tolak dari kewafatan suaminya, puteranya dibentuk dengan didikan rohani dan kekuatan fizikal yang tegas. sehingga ada yang mengatakan beliau memukul kerana kebencian. Maka dijawab Safiyyah dengan bersajak : “Aku memukul supaya pintar, Tangkas menghadapi musuh, Pulang dengan kemenangan.” Cahaya kebenaran yang teguh terpasak dalam jiwa menjadi sumber kekuatan untuk Safiyyah menghadapi segala tentangan semasa awal dakwah Islam disebarkan. Mengikut jejak langkah muslimin yang lain, Safiyyah menghadapkan wajahnya ke Madinah sebagai Muhajirin meninggalkan segala lambakan kem...