MAT 42 : MENERUSKAN LEGASI PIMPINAN MAHASISWA ISLAM

21 Oktober 2017, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun di muhafazah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Antara objektif MAT kali ke-42 ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan ahli mesyuarat dapat memanfaatkan mesyuarat sebagai wadah utama dalam menyuarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM dan memperkasakan kebersamaan antara ahli dan BKASM di samping menambah thaqafah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebelum berlangsungnya MAT 42, beberapa aktiviti Ambang MAT berjaya dijalankan antaranya solat hajat, doa selamat, pembentangan kitab, tazkirah subuh khas serta medan kalam. Ketika hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42, majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran, ucapa...