UCAPTAMA YANG DIPERTUA
11 NOVEMBER 2017, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Ucaptama Yang Dipertua ini adalah untuk memperkenalkan pembawaan dan barisan pimpinan BKASM sesi 2017/2018, membuka ruang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi ini, serta mengeratkan ukhuwah diantara ahli BKASM.
Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat sunat hajat. Ucaptama Yang Dipertua dimulakan dengan ucapan kalam dari pengarah seterusnya ucapan Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi sekaligus melancarkan Tabung BKAN Taakhi.
Majlis Ucaptama Yang Dipertua diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini yang telah dibentangkan oleh Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama sebagai hasil daripada perbahasan ahli BKASM dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM.
Moga-moga, Ucaptama Yang Dipertua pada sesi ini dapat memberi kefahaman kepada ahli mahupun pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini disamping mengukuhkan kebersamaaan di antara kita. Jazakumullah khairan jaza'.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Disediakan oleh,
Setiausaha Ucaptama Yang Dipertua
BKASM sesi 2017/2018
#Bersamabersatu
#Bersatuberbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan