Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

AQIDAH TERGADAI BILA NAFSU JADI TUHAN - Nukilan Siswa Siri 4

Imej
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan dengan pengetahuan-Nya dan Allah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberi petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jathiya: ayat 23)                                      Budaya hedonisme merupakan penyakit yang sedang memamah jiwa anak muda masa kini. Ianya boleh membawa kepada keruntuhan dan kehancuran aqidah umat Islam dan falsafahnya yang berpegang kepada “hidup hanya sekali” membuka peluang bagi anak muda untuk memuaskan nafsu mereka tanpa batasan.     Isu kematian artis Korea beberapa hari yang lalu menjadi kebimbangan apabila ada anak-anak muda Islam yang sanggup menggadaikan isu aqidah demi memperjuangkan perkara yang  menu...

IMTIHAN : TANGGUNGJAWAB YANG TAK PERNAH SELESAI

Imej
Fasa peperiksaan bermula. Setiap kita sedang menyusun segenap strategi bagi menghadapi imtihan pada kali ini. Maka Allah SWT melengkapkan usaha kita dengan firman-Nya : "Maka, bertawakallah kepada Allah setelah mana kamu telah berusaha." (Surah Ali Imran : ayat 159) Sesunggunya kita beriman bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita nanti. Moga kita terus berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Sabda Nabi SAW, "Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik daripada mereka yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka." (HR At-Tirmidzi) Satu peringatan buat kita bersama, Imtihan bukanlah pelepasan untuk kita merenggangkan ukhuwah sesama kita. Persaudaraan yang diisi dengan tanggungjawab ini perlu diteruskan walaupun kita dibebankan dengan perkara-perkara yang sememangnya kita perlu juga lakukan. Lihatlah kegigihan Asma bi...

PELANCARAN UBS | MEMPERKASAKAN PEMBAWAAN "MUSLIM BERKUALITI MAHASISWA RABBANI"

Imej
15 DISEMBER 2017, KAHERAH - Unit Biah Solehah (UBS) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan Pelancaran UBS di Musolla Darul Ehsan seusai Tazkirah Subuh Khas. Pelancaran UBS telah disempurnakan oleh saudara Khairul Adha bin Hamdzani selaku Timbalan Yang Dipertua I Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana yang baik dalam kalangan mahasiwa/mahasiswi serta menguatkan ikatan silaturrahim dan ukhuwah di antara kita. Akhir kata, seruan kepada kita semua agar dapat bersama-sama menjayakan kesemua enam pembawaan UBS ini. “Muslim Berkualiti Mahasiswa Rabbani” “Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan” Unit Biah Solehah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM

PEMIMPIN UMAT YANG DIRINDUI - Nukilan Siswa Siri 2

Imej
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku“      Dunia sekarang semakin hangat dengan pelbagai fitnah. Fitnah-fitnah besar mahupun kecil turut dilemparkan kepada agama Islam itu sendiri. Tambahan pula,  gejala sosial yang berlaku seperti masyarakat yang taksub dengan hiburan yang melalaikan sehingga tidak mempedulikan krisis yang melanda umat Islam pada masa kini.    Jika kita singkap keperibadian Rasulullah  SAW, baginda adalah seorang manusia yang telah dilahirkan ketika seluruh dunia benar-benar memerlukan petunjuk dari Allah SWT, setelah ajaran para Rasul terdahulu yang tidak didengari lagi. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW telah menjadi suatu keistimewaan kepada baginda untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat jahiliah. Bermula dengan dakwah secara rahsia selama tiga tahun diiku...

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

Imej
Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden Amerika Syarikat iaitu, Donald Trump, terhadap bumi suci al-Quds sebagai ibu negara Israel. Tragedi ini merupakan satu ujian yang besar kepada orang yang beriman. Rampasan secara tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia kepada rakyat Palestin ini perlu disedari oleh semua umat Islam. Tindakan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat ini adalah satu tindakan diktator yang turut ditohmah oleh sebahagian negara-negara besar sama ada negara Islam atau sebaliknya. Ketahuilah, sejarah kesucian bumi Palestin ini antaranya ialah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat berlakunya pelbagai peristiwa khususnya peristiwa mukjizat Nabi Muhammad SAW ketika berlakunya Isra' dan Mikraj. Oleh yang demikian, barisan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri dengan ini menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi al-Azhar khususnya dan semua umat Islam amnya agar mengecam ti...

PERTEMUAN BERSAMA Y.B DATO’ DR. HAJI AHMAD YUNUS BIN HAIRI : KERJASAMA DALAM KEBAJIKAN TERUS DIPERKASAKAN

Imej
7 Disember 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah mengadakan pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi) bertarikh 7 Disember 2017 bertempat di Pejabat SUK, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi diwakili oleh pimpinan BKASM saudara Luqmanulhafiz bin Mohd Amir dan saudara Mohd Azwan bin Abdul Aziz, mantan Penasihat BKASM. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara antaranya program berkaitan akademik serta kebajikan bagi anak-anak Selangor yang berada di Mesir.         Di akhir pertemuan, Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi menasihatkan kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini agar menuntut ilmu agama dengan sebaiknya agar dapat memberikan manfaat ...

REALISASI KESYUMULAN ISLAM MELALUI KESATUAN - Nukilan Siswa Siri 1

Imej
"Aku telah tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang teguh kepada keduaya, itulah Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya". Begitulah pesan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir baginda. Perlu kita fahami, berpegang teguh dalam rangka maksud iman adalah dengan mengamalkannya secara menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana bahagian dari keduanya. Maka menjadi suatu kewajiban kepada kita sebagai orang beriman untuk meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar kehidupan kita dalam setiap aspek. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Baqarah, ayat 208 : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kalian ikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kalian adalah musuh yang nyata", Jelas dinyatakan kepada kita antara syarat kesempurnaan iman adalah mengamalkan Islam secara total. Lalu, perlu kita murnikan pemikiran kita dari apa jua fahaman yang meng...

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani. Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 8 Disember 2017. Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "Muslim Berkualiti Mahasiswa Rabbani" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Jabatan Fasilitator Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBe...

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2017/2018 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah, menghadiri kelas tutorial dan membuat  ulang kaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 6 Disember 2017 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha dan...