IMTIHAN : TANGGUNGJAWAB YANG TAK PERNAH SELESAI



Fasa peperiksaan bermula. Setiap kita sedang menyusun segenap strategi bagi menghadapi imtihan pada kali ini. Maka Allah SWT melengkapkan usaha kita dengan firman-Nya :

"Maka, bertawakallah kepada Allah setelah mana kamu telah berusaha." (Surah Ali Imran : ayat 159)

Sesunggunya kita beriman bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita nanti. Moga kita terus berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Sabda Nabi SAW, "Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik daripada mereka yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka." (HR At-Tirmidzi)

Satu peringatan buat kita bersama, Imtihan bukanlah pelepasan untuk kita merenggangkan ukhuwah sesama kita. Persaudaraan yang diisi dengan tanggungjawab ini perlu diteruskan walaupun kita dibebankan dengan perkara-perkara yang sememangnya kita perlu juga lakukan.

Lihatlah kegigihan Asma binti Abu Bakar. Beliau tetap memerah keringat membantu Nabi SAW sekalipun umum mengetahui keadaannya yang sedang hamil. Mengapa beliau perlu turut serta, memikirkan masa hadapan Islam sedangkan kandungannya itu juga penting baginya?.

Semoga kita istiqamah dalam meneruskan gerak kerja Islam melalui medium kita, BKASM. Menjadi 'multitasking person' bukan mudah. Latihannya bermula daripada sekarang, dimana bumi kita berpijak. Ayuh bersama menterjemahkan ilmu dan kemahiran kita di pentas kehidupan, bukan semata di atas kertas peperiksaan. Persiapkan diri kita hari ini, untuk memimpin dunia Islam pada suatu hari nanti.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakn oleh :
Muhammad Faiz bin Othman
Setiausaha Agung,
BKASM sesi 2017/2018.


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG