Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

TARBIAH : PILIHAN ATAU KEWAJIPAN? - Nukilan Siswa siri 15

Imej
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۖ وَلَا تُسْأَلُ عَنْ أَصْحَابِ الْجَحِيمِ "Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka." (Surah Al-Baqarah : ayat 119) Nabi Muhammad SAW ialah Rasul akhir zaman yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak Islamiah. Dalam usaha untuk menjadikan Islam sebagai syiar agama, banyak tentangan yang diperoleh baginda dan para sahabat sehingga sanggup menjadikan nyawa sebagai benteng pertahanan akhir. Namun, semua itu dilalui dengan proses tarbiah, yang mengajar dan membentuk peribadi seorang hamba agar tidak tersasar dari landasan agama. Melalui tarbiah, kita dididik untuk menjadi manusia yang sentiasa ikhlas untuk bekerja sehingga sanggup mengorbankan jiwanya demi...

IFTAR MAHABBAH DAN RABITAH '18 : INJEKSI UKHUWAH DAN KEBERSAMAAN

Imej
26 MAC 2018, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT) telah mengadakan Iftar Mahabbah yang mengumpulkan semua ahli BKASM yang melibatkan Komuniti Rumah Sewa (KORUS) dan ahli yang tinggal di Asrama Rumah Selangor. Antara objektif utama iftar ini diadakan adalah untuk memperkasakan tarbiah dan ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah tazkirah, solat berjemaah serta taaruf sesama ahli. Menariknya lagi, Iftar Mahabbah kali ini diteruskan lagi dengan satu program yang penting iaitu Muhasabah Sepanjang Sesi atau dikenali sebagai Meribat Satu Hati (RABITAH '18). RABITAH '18 diadakan bagi membuka peluang kepada ahli memberi muhasabah dan cadangan untuk penambahbaikan BKASM serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli. Selepas selesai solat Isyak, RABITAH '18 membuka tirainya dengan sesi taaruf AJKT, pembentangan laporan umum aktiviti BKASM diikuti sesi muhasabah da...

HEDONISME : BUAH CATUR PERANCANGAN MUSUH

Imej
Firman Allah SWT : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ . Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah Al-Baqarah : ayat 120) Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam yang tidak putus asa dalam mengatur strategi menghancurkan umat Islam. Um...

ALWAN '18 : MEWARNAI UKHUWAH KELUARGA BKASM

Imej
8, 10-12 MAC 2018 – Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan satu program yang berkonsepkan kekeluargaan iaitu Hari Warna-warni BKASM 2018 atau ALWAN '18. Tujuan ALWAN '18 diadakan adalah untuk menjalinkan roh kekeluargaan dalam kalangan ahli BKASM serta menanam nilai-nilai Islam dalam diri ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program tersebut telah berlangsung selama dua hari pada tanggal 8 dan 10 hari bulan bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir dan Safari Beach, Ain Sukhnah bagi mahasiswi Selangor. Manakala bagi mahasiswa, ianya berjalan di Theme Park, Obour City dan pada Hayyu Syabab, Musallas pada 11 dan 12 Mac. Hari keluarga pada kali ini dihadiri hampir 400 orang ahli BKASM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan ALWAN '18. Antaranya slot 'Sentuhan Kalbu', 'flash mob', sukaneka, pertandingan futsal dan bola tampar serta pelbagai lagi aktiviti bagi merealisasikan objektif k...

SEJARAH MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

Imej
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi rapat kepada setengahnya yang lain, dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu.  Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah Al-Maidah : ayat 51) Qabilah pertama yang menunjukkan permusuhan ialah Bani Qainuqa. Tinggal di sekitar negeri Madinah dan mereka merupakan Kabilah Yahudi paling kuat. Terjadinya peperangan Bani Qainuqa selepas Perang Badar.      Qabilah ini mula menunjukkan belang setelah umat Islam memenangi Perang Badar. Mereka juga mempersendakan Islam dengan penganutnya, malah golongan muslimat juga sering menjadi sasaran mereka. Maka Rasulullah SAW mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan amaran.       Hakikatnya, kabilah ini tetap berdegil dan tidak mahu mend...

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2017/2018

Imej
Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir ikhwah : Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi (Yang Dipertua) Khairul Adha bin Hamdzani (Timbalan Yang Dipertua I) Muhammad Faiz bin Othman (Setiausaha Agung) Nabil Rusyaidi bin Ramli (Timbalan Setiausaha Agung I) Muhamad Nasrul bin Jamal (Bendahari Kehormat) Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah) Muhammad Syukri bin Rosli (Ketua Lajnah Pendidikan) Luhamul Ashfia bin Slamet Bahrul Chayat (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan) Luqmanulhafiz bin Mohd Amir (Ketua Lajnah Kebajikan) Khalif bin Idrus (Ketua Lajnah Ekonomi) Muhamad Hakim bin Mohd Nasir (Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan) Muhammad Hazman bin Zabil (Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah) Muhammad Zuhair bin Omar (Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan) Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat : Ummi Aqilah binti Norlizam (Timbalan Yang Dipertua  II)...

IFTAR MAHABBAH : MENJAYAKAN TUNTUTAN UKHUWAH

Imej
  26 FEBRUARI 2018, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT) dengan kerjasama Lajnah Penempatan dan Perumahan (LPR) telah mengadakan Iftar Mahabbah. Antara objektif utama iftar ini diadakan adalah untuk memperkasakan tarbiah dan ukhuwah dalam kalangan ahli BKASM. Program ini telah menyasarkan kepada semua ahli BKASM dan dilaksanakan di Komuniti Rumah Sewa (KORUS). Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah tazkirah, solat berjemaah serta taaruf sesama ahli rumah KORUS. Iftar Mahabbah pada kali ini adalah untuk mengikat tautan ukhuwah disamping melaksanakan penganjuran syariat dalam berukhuwah sesama muslim. Diharapkan agar program yang telah dianjurkan ini memberi manfaat buat semua ahli BKASM terutamanya dalam memperkukuh tautan ukhuwah demi merealisasikan slogan “Kita Keluarga BKASM” pada sesi kali ini. Semoga ikatan ukhuwah yang didasari dengan iman dan akidah membawa kepada ikatan perpaduan dan men...