SEJARAH MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi rapat kepada setengahnya yang lain, dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah Al-Maidah : ayat 51)
Qabilah pertama yang menunjukkan permusuhan ialah Bani Qainuqa. Tinggal di sekitar negeri Madinah dan mereka merupakan Kabilah Yahudi paling kuat. Terjadinya peperangan Bani Qainuqa selepas Perang Badar.
Qabilah ini mula menunjukkan belang setelah umat Islam memenangi Perang Badar. Mereka juga mempersendakan Islam dengan penganutnya, malah golongan muslimat juga sering menjadi sasaran mereka. Maka Rasulullah SAW mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan amaran.
Hakikatnya, kabilah ini tetap berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat dan amaran daripada Rasulullah SAW. Sehingga menjadi satu peristiwa ketika mana orang-orang Yahudi cuba mengganggu seorang wanita Muslim dengan menarik tudung tersebut hingga terjatuh dan menampakkan auratnya. Maka wanita tersebut menjerit dan seorang lelaki Muslim yang berhampiran terus mendatangi tempat tersebut lalu membunuh Yahudi itu. Lalu, beberapa orang Yahudi yang lain telah menyerang lelaki Muslim tersebut sehingga beliau syahid.
Justeru, perbuatan orang-orang Yahudi ternyata mencabul perjanjian dan mendedahkan pendirian jahat mereka terhadap Islam. Maka Rasulullah SAW mengambil tindakan dengan mengisytiharkan perang ke atas Yahudi Bani Qainuqa.
Dalam peristiwa ini, ALLAH SWT telah mendedahkan sikap orang-orang munafik melalui pemimpin mereka Abdullah bin Ubai di mana sikap mereka amat berbeza dengan sikap orang Islam. Rayuan Abdullah bin Ubai langsung tidak dipedulikan oleh Rasulullah SAW, akan tapi rayuan demi rayuan yang dilakukan membuatkan Rasulullah SAW marah dan akhirnya bani qainuqa hanya di halau dari Madinah.
Kesimpulannya, ketahuilah bahawa musuh Islam yang nyata adalah bangsa Yahudi dan Nasrani, sirah nabi dan al-Quran banyak beri kita pengajaran dan peringatan untuk kita jauhi daripada mereka ini. Kita juga perlu berhati-hati kepada golongan munafik yang mana mereka ini merupakan agen pemecah dalam jemaah itu sendiri. Ketahuilah azab bagi mereka yang dijanjikan oleh Allah SWT sangat pedih di akhirat kelak. Moga kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita sebagai seorang Muslim yang sejati.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhair bin omar,
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2017/2018.
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan