BERTERUS-TERANG MENEGAKKAN KEBENARAN - Nukilan Siswa Siri 19

"Maka sesiapa yang tidak percayakan taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Allah itu pelindung bagi orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya iman, dan orang-orang kafir itu penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya iman kepada kegelapan kufur. Mereka itulah ahli-ahli neraka dan mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah : ayat 256-257) Perlu difahami oleh pendokong-pendokong perjuangan Islam, bahawa berterus-terang dengan hakikat aqidah ini dengan dasar-dasarnya, dan menegakkan segala tuntutannya adalah penting. Lantaran sikap berterus-terang seperti itu menggoncangkan hati yang lalai, menggerakkan kebekuan perasaan, menilai kebenaran dan kebatilan. Adapun sikap menyembunyikan kebenaran hanyalah menggalakkan golongan taghut dan menutup kesedaran berfikir di kalangan ...