Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

TEGUH BERSAMA ISLAM - Nukilan Siswa Siri 21

Imej
PERINGATAN UMAT YANG LALAI "Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Surah Al Anbiya' : ayat 1) Manusia itu sedar bahawa setiap kehidupan itu pasti ada pengakhiran. Namun dek kerana kehidupan telah disulami dengan keseronokan, kelalaian, kemewahan dan kebebasan yang melampau telah membuatkan manusia lupa akan tiba hari perhitungan buat mereka di alam sana. TERUS HANYUT "Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan banyak kesesatan di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih (kiranya ia insaf dan bertaubat)."  (Surah Ibrahim : ayat 36) Umat Nabi Ibrahim diantara umat manusia yang paling kuat menyembah berhala padahal mereka telah diutuskan seorang ...

HTU '18 | MEMBINA KESATUAN DENGAN UKHUWAH DAN KEFAHAMAN

Imej
14 Julai - 15 Julai 2018, Kaherah - Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru 2018 (USMB '18) dibawah naungan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan program Hari Tautan Ukhuwah 2018 (HTU '18) selama dua hari yang bertempat di Dewan Nadi Syabab, Hayyu Sadis dan Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah dan memupuk nilai kesatuan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi baru serta menambah thaqafah dan kefahaman Islam yang sebenar kepada mereka disamping menerapkan tarbiah Islam dalam membentuk keperibadian muslim. Program dimulakan dengan perasmian pembukaan yang dirasmikan oleh saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018. Program ini telah diserikan dengan lima slot menarik dan diselitkan juga dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) iaitu : Hari pertama : GKB : Ice Breaking SLOT 1 : Diskusi Kitab Kewajipan Pemuda Islam SLOT 2 : Nawwart Masr SLOT 3 ...

ROADSHOW '18 : MAHASISWA BERBAKTI PENERUS LEGASI

Imej
Julai 2018 - Selangor, Malaysia : Program Baktisiswa Mesir 2018 (ROADSHOW '18) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) untuk memberikan pendedahan awal berkenaan al-Azhar dan Mesir kepada pelajar-pelajar STAM. Bagi tahun 2018, program ini kembali dengan menyasarkan beberapa buah sekolah terpilih di Selangor. ROADSHOW '18 yang diketuai oleh saudara Nabil Rusyaidi bin Ramli ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang kaedah penguasaan bahasa Arab yang baik melalui aktiviti yang dijalankan selain memberi motivasi dalam menuju kecemerlangan berdasarkan pengalaman belajar di al-Azhar dan Mesir.  Hadir dengan tema "Ilmu Dihayati Pemuda Berintegriti", program ini berkonsepkan "motivasi". Dua slot utama disediakan untuk para pelajar bagi menjayakan dua objektif utama program. Slot pertama 'Kun Mustaiqizon', para pelajar diberikan pendedahan kaedah memahami teks selain teknik-teknik menguasai tatabahasa A...

JANGAN BERDIAM DIRI TERHADAP KEMUNGKARAN - Nukilan Siswa Siri 20

Imej
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Perumpamaan bagi orang yang mendirikan hukum-hukum Allah dan orang yang melanggarnya seperti sekelompok orang yang menumpangi sebuah kapal. Sebahagian mereka berada di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Jika orang-orang  di bawah ingin mendapatkan air, mereka harus melewati orang yang di atas mereka. Lalu mereka berkata: ‘seandainya kita lubangi sahaja (kapal ini) kita tentu tidak akan menyusahkan orang-orang yang di atas’. Jika hal tersebut dibiarkan oleh orang-orang yang diatas, padahal mereka tidak menghendakinya, nescaya binasalah mereka semua, sekiranya mereka mencegah, maka selamatlah semuanya.” (HR Bukhari) Sudah menjadi satu fenomena saat ini yang menjadi pegangan golongan “Amar Mungkar Nahi Makruf” iaitu membiarkan kemungkaran terus berleluasa, malah menyekat pula usaha-usaha kebaikan. Berbagai alasan ditimbulkan antaranya, “untuk menjaga aib si pelaku, maka tidak perlu diperbesarkan hal tersebut, cukup sek...