TEGUH BERSAMA ISLAM - Nukilan Siswa Siri 21
PERINGATAN UMAT YANG LALAI
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Surah Al Anbiya' : ayat 1)
Manusia itu sedar bahawa setiap kehidupan itu pasti ada pengakhiran. Namun dek kerana kehidupan telah disulami dengan keseronokan, kelalaian, kemewahan dan kebebasan yang melampau telah membuatkan manusia lupa akan tiba hari perhitungan buat mereka di alam sana.
TERUS HANYUT
"Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan banyak kesesatan di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih (kiranya ia insaf dan bertaubat)." (Surah Ibrahim : ayat 36)
Umat Nabi Ibrahim diantara umat manusia yang paling kuat menyembah berhala padahal mereka telah diutuskan seorang Nabi sebagai penunjuk kebenaran.
Hal ini sama seperti yang berlaku kepada manusia masa kini, lebih teruja dengan ideologi barat sehingga menjadikan ianya seolah-olah sembahan buat mereka. Bukan itu sahaja, malah merasakan 'up to date' sekiranya rujukan yang diguna pakai dalam mencorak kehidupan mereka itu diambil daripada sudut pandang orientalis lebih daripada al-Quran dan as-Sunnah.
TAJARRUD DARI SEMBAHAN MODEN
"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat". (Surah Al Baqarah : ayat 38)
HANYA ISLAM YANG DIIKTIRAF
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam..." (Surah Ali Imran : ayat 19)
Ayat yang cukup jelas menerangkan kepada kita bahawasanya hanya Islam agama yang menjadi pengiktirafan dahulu, kini dan selamanya.
Lalu, mengapa kita perlu sombong sedangkan kehidupan kita juga dicipta?
KEKAL BERPRINSIP
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Surah Al Kaafirun : ayat 6)
Sama ada Islam berada di puncak, atau Islam berada di landai, usah berpaling, tetaplah kita bersama Islam kerana mulia kita kerana Islam.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Disediakan Oleh :
Nur Hidayah binti Mohd Ariff
Penasihat BKASM sesi 2017/2018
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan