[ MAT 43 : MENERUSKAN LEGASI PIMPINAN RABBANI ] 20 Oktober 2018, Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Program ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun muhafazah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan iaitu seramai 252 ahli akhawat dan 178 ahli ikhwah. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan mesyuarat salah satu medan tarbiah dalam memastikan kelangsungan BKASM sebagai wadah kesatuan serta menambah thaqafah ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebelum berlangsungnya MAT 43, beberapa aktiviti Ambang MAT berjaya dijalankan antaranya pembentangan kitab, 'Tahadu Tahabu', munajat MAT 43 bacaan doa selamat serta forum. Ketika hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43, majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran, ucapan daripada pengarah MAT...
Catatan
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018
KURSUS KEPIMPINAN DAN RAMAH MESRA MB SELANGOR
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

11-13 Oktober 2018, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Majlis Pertemuan bersama Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor bersama delegasi kerajaan Negeri Selangor bersama pelajar-pelajar Selangor yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah. Kursus kepimpinan yang bermula jam 1.00 petang telah berjaya mengumpulkan kira-kira 150 orang pelajar Selangor yang terdiri dari Pengajian Islam dan Sains Kesihatan. Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu S.S. Dato' Dr. Haji Anhar bin Opir, Timbalan Mufti Selangor dan Dr. Ahmad Zaki bin Haji Abd Latiff, Pengarah Pusat Islam, UNISEL. Majlis Pertemuan bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor bersama delegasi kerajaan Negeri Selangor yang bertarikh 12 Oktober bermula jam 7.00 malam telah dihadiri kira-kira 600 orang pelajar Selangor di Pelembahan Nil. Majlis yang berakhir...
HARI INI DALAM SEJARAH BKASM | BKASM MENERUSKAN PENGHANTARAN MAHASISWA BARU KE MESIR
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

7 Oktober 2013 - KLIA, Malaysia : Umum mengetahui Mesir sekali lagi menghadapi konflik pemerintahan pada tahun 2013 sehingga menyebabkan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir terpaksa dihantar pulang. Susulan daripada itu, sebahagian penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir bagi pengajian sesi 2013/2014 terpaksa ditangguhkan. BKASM mengambil tanggungjawab ini sebagai satu langkah bagi meneruskan kelangsungan penghantaran mahasiswa dan mahasiswi yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Universiti Al-Azhar, Mesir. Hari ini menjadi hari yang bersejarah buat BKASM dan para pendokongnya bilamana dapat meneruskan penghantaran mahasiswa dan mahasiswi baru ke Mesir. Bagi menjayakan misi ini, BKASM mengambil keputusan untuk menghantar beberapa wakil pimpinan ke Malaysia bagi menjalankan slot taklimat dan penerangan. Antara yang terlibat pada waktu itu, saudara Abdul Mun'im bin Abd Shukor, Yang Dipertua BKASM, saudari Siti Nur Aisyah binti Ismail, Timbalan Yang Dipertua ...