Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM - Minda Siswa Siri 3

Imej
ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM . ٱلَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَٰلَٰتِ ٱللَّهِ وَيَخۡشَوۡنَهُۥ وَلَا يَخۡشَوۡنَ أَحَدًا إِلَّا ٱللَّهَۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبٗا Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka ti dak merasa takut kepada seorang pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. ” (Surah Al-Ahzab : ayat 39) Rasulullah SAW merupakan nabi yang diutuskan untuk memperbaiki akhlak masyarakat dunia dengan menyampaikan risalah Islam yang syumul. Namun, sudah pasti banyak tentangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi B aginda SAW dan para sahabat demi meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Sifat luar biasa yang dimiliki oleh B aginda SAW dan para sahabat tidak akan tercapai tanpa tarbiah yang berterusan. Tarbiah merupakan proses memelihara, mendidik seseorang agar menjadi lebih baik dalam kehidupannya. Maka, ia merupakan satu elemen yang penting dalam diri seora...

DUNIA HUJUNG USIA - Minda Siswa Siri 2

Imej
DUNIA HUJUNG USIA.  1400 tahun dahulu, Nabi SAW telah memberi gambaran tentang situasi umat pada era akhir zaman ini : عن ثَوْبَانَ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : ”يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَتَدَاعَى عَلَيْكُمْ؛ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إلَى قَصْعَتِهَا..." Daripada Tsauban RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka..." [Riwayat Abu Daud] Dunia tak pernah sunyi daripada khabar-khabar yang menggemparkan. Dan apabila diteliti, kebanyakannya menjurus kepada Islam dan umatnya sebagai sasaran utama. Perhatikan isu penindasan Muslim Uyghur di Xinjiang, China. Masyarakat di sana ditindas sesuka hati hanya kerana beragama Islam malah mereka dipaksa untuk murtad dan menganut kepercayaan komunis. Ketika masyarakat dunia hari ini beria-ia melaungkan slogan hak asasi dan menuntut kebebas...

TARBIAH, INI JALAN KITA - Minda Siswa Siri 1

Imej
TARBIAH, INI JALAN KITA.   Firman Allah SWT : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’ : ayat 107)             Rasulullah SAW menghadapi alam remajanya dengan tarbiah sehingga menjadikan dirinya tidak bergantung kepada orang lain. Kehilangan satu demi satu insan kesayangan Baginda SAW membuktikan bahawa tiada gangguan manusia dalam proses pentarbiahannya melainkan dari Allah SWT. Sebagai tambahan, Baginda SAW juga pernah menjadi seorang pengembala kambing sewaktu usia kecil lagi. Begitulah Allah mentarbiah nabi-nabiNya. Kekentalan jiwa menjadi bekalan utama di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.             Di samping itu, Rasulullah SAW sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dari segi ketinggian peribadi dan akhlaknya sehingga tidak dipengaruhi oleh persekitaran buruk...