Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019
Imej
NORMALISASI MAKSIAT FENOMENA TERKINI Seorang muslim hendaklah melihat sesuatu dosa dengan pandangan untuk menghindarinya dan bukan dengan pandangan mesra-dosa. Membiasakan (normalisasi) diri dengan perbuatan dosa adalah sesuatu tindakan yang perlu dihindari. Seorang muslim tidak seharusnya membiarkan sesuatu dosa itu menjadi sebati di dalam diri dan berterusan bersangka baik dengan perkara dosa tersebut.                  Rasulullah SAW mendidik umat Islam supaya melihat perbuatan dosa itu adalah satu perbuatan yang salah. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا قَالَ أَبُو . شِهَابٍ بِيَدِهِ فَوْقَ أَنْفِهِ "Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti ia duduk di pangkal gunung, ia risau gunung itu akan meni...
Imej
[ ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP CARNIVAl 2019 (ICE ’19) : MENJANA KEBAJIKAN MENGUKUH KESATUAN ] Pada 8 hingga 14 Februari 2019, telah berlangsung dengan jayanya Program Islamic Entrepreneurship Carnival 2019 (ICE ’19) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 dengan kerjasama Atase Pendidikan Selangor Mesir. Program yang berlangsung selama 5 hari ini padat dengan aktiviti yang menarik serta bermanfaat. Pada 8 Februari 2019, Program Islamic Entrepreneurship Carnival 2019 (ICE ’19) telah dimulakan dengan aktiviti ambang iaitu Tazkirah Subuh Khas. Pengisiannya yang bertajuk “Muamalat Islam : Sebuah Garis Dasar” telah disampaikan oleh saudara Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan, Timbalan Yang Dipertua l BKASM sesi 2018/2019. Hari kedua 11 Februari 2019, pada jam 8.00 malam telah diadakan aktiviti mendirikan khemah. Aktiviti ini mengambil masa selama 6 jam dengan kerjasama yang padu dari seluruh ahli BKASM yang bertungkus-lumus untuk mendirikan khemah. Seterusnya,...
Imej
15 FEBRUARI, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar membantu dalam proses Evakuasi penghantaran pulang ke Malaysia dan pergi semula ke Mesir (OPS PIRAMID) pada 15 Februari 2011 yang merupakan penerbangan terakhir dari Kaherah. BKASM telah berjaya mengumpulkan lebih 1300 orang mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir untuk dihantar pulang ke Malaysia semasa berlaku revolusi besar di Mesir. BKASM bersama ILMAM mengambil peranan besar dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor di Malaysia bagi membantu mengesan, mengumpul data dan menjayakan program SPIES Kerajaan Selangor setelah anak-anak Selangor dihantar pulang ke Malaysia. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2018/2019 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM
Imej
11 FEBRUARI, KEHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah ditubuhkan sejak tahun 1965 lagi. Pada tahun 2016, BKASM telah berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas BKASM yang bertemakan, "50 Tahun Memimpin Kesatuan". Majlis perasmian telah disempurnakan di Dewan Solah Kamil, Hayyu Sadis. Pada awalnya, Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali dijadualkan untuk hadir ke Mesir bagi merasmikan sambutan ini. Namun, kunjungan beliau ke sini ditangguhkan. Sambutan ini berjalan selama lapan hari bermula 8 hingga 16 Februari yang diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya, Dakwah Kontemporari siri ke-5 yang menampilkan pengisi-pengisi dari Malaysia, talkshow yang bertajuk "BKASM The Untold Story", RISE (Riadah Sukan Anak-anak Selangor), dan aktiviti-aktiviti yang lain. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2018/2019 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKelua...
Imej
[ SEMINAR MIND 2019 : MELAHIRKAN MAHASISWA BERILMU DAN BERAMAL ] 29, 30 & 31 JANUARI 2019, KAHERAH –  Seminar MIND 2019 anjuran bersama Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019  telah diadakan di Dewan Kasr Ainy, Sayyedah Zainab. Antara objektif utama program ini adalah : 1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta mengenai akal dan pemikiran dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 3 objektif umum pengisian mencapai 100%. 2. Mengeratkan hubungan antara ahli PERUBATAN dan pengajian Islam dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 250 penyertaan daripada pelajar sains kesihatan dan 300 daripada pengajian Islam (BKASM). 3. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai tanggungjawab masyarakat dengan menyentuh pengisian mengenai Islam adalah solusi bagi salah satu slot. 4. Menerapkan nilai profesionalisme dalam kalangan peserta dengan memastikan perjalanan program mengikut etika ...

EPISOD MUNGKIN BERULANG - Minda Siswa Siri 4

Imej
EPISOD MUNGKIN BERULANG Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan apabila Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah kampung, kami perintahkan terlebih dahulu orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu kami menghancurkan sehancur-hancurnya.”   (Surah al-Isra : Ayat 16)            Era kerajaan Abbasiyyah merupakan era kegemilangan Islam. Ketika ini kedaulatan umat Islam sampai kemuncak kemuliaan dalam pelbagai bidang. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era kerajaan Abbasiyyah.                        Namun begitu, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga yang terjadi kepada sebuah kerajaan yang agung s...
Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahsiah. Sempena berakhirnya peperiksaan fasa satu, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 1 Februari 2019. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini. "Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar Ketua Lajnah  Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM