[ MINDA SISWA | SIRI 1 : TARBIAH AQLIAH, BAGAIMANA MENGHADAPI SERANGAN PEMIKIRAN ]
[ MINDA SISWA ]
TARBIAH AQLIAH, BAGAIMANA MENGHADAPI SERANGAN PEMIKIRAN
Firman Allah SWT yang bermaksud :
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam), dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."
(Surah Al-Baqarah : ayat 138)
Definisi tarbiah secara umum adalah mengasuh, mendidik, membimbing jati diri dan masyarakat selari dengan kefahaman aqidah, akhlak, syariat menurut Islam. Ia bertujuan menatijahkan kefahaman Islam yang sempurna dan suci tanpa bercampur dengan unsur-unsur yang menyesatkan.
Tarbiah terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya termasuklah Tarbiah Aqliah yang bertujuan mendidik akal supaya berfikir secara waras mengikut acuan Islam yang sebenar. Ancaman pemikiran terlalu banyak cabangnya, sehingga sesorang individu itu tidak sedar bahawa dia sedang menghidap penyakit pemikiran yang kritikal. Antara serangan pemikiran adalah melalui ideologi barat yang cuba menyeleweng dan merobek agama Islam. Pelbagai tohmahan dan syubhat ditimbulkan untuk menggoncang pegangan umat Islam.
Dari Abu Sa'id RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga seandainya mereka manempuh (masuk) ke dalam lubang biawak kalian pasti akan mengikutinya." Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang baginda maksud Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)."
(HR Bukhari)
Maka Allah mendidik kita bagaimana untuk menggunakan akal dengan baik. Kita lihat beberapa uslub di dalam al-Quran seperti “Tidakkah kamu berakal? Tidakkah kamu mahu berfikir?” Ini semua mengajar kita berfikir tentang kebesaranNya, kekuasaanNya dan kebenaran tentang agama yang diturunkan. Oleh itu, akal ini perlu dipersiapkan dengan gagasan ilmu yang konkrit dan pembudayaan ilmu yang syumul. Proses ini menghasilkan kefahaman Islam yang sebenar dan mengajar akal mengurus ancaman pemikiran mengikut neraca Islam. Justeru itu, kita perlu mengenal bentuk serangan ideologi barat dengan baik dan mesti tahu apa solusi Islam terhadap perkara tersebut.
Kesimpulannya akal kita semestinya ditarbiah dan dididik dengn baik, dipersiapkan dengan gagasan ilmu dalam menghadapi ancaman pemikiran era zaman fitnah ini. Perlu memahami konsep tarbiah yang syumul yang merangkumi semua aspek. Umat islam juga tidak perlu untuk mensekularkan konsep tarbiah itu sendiri, agar diri dicelup sempurna dengan tarbiah islam yang sebenar. Keberhasilan sesuatu tarbiah ialah dapat melahirkan individu yang memiliki 10 muwasaffat tarbiah.
"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Disediakan oleh :
Muhammad Hazim bin Sabli
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2019/2020
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan