
[ BENGKEL TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN ] 27 FEBRUARI 2020, KHAMIS, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 di bawah Lajnah Pendidikan telah mengadakan Bengkel Teknik Menghafaz al-Quran yang bertempat di Masjid Syarbini, Hayyu Asyir. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bagi membantu ahli-ahli BKASM dalam menghafaz dan mengulang al-Quran. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada ahli mengenai teknik menghafaz al-Quran yang berkesan. Bengkel bermula pada jam 6.30 malam. Bengkel ini disampaikan oleh Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria, Fasilitator BKAWM sesi 2019/2020. Pengisi membentangkan pengisian bengkel dengan baik dan bersahaja untuk menarik minat peserta. Setiap peserta memberikan fokus dan penelitian pada setiap pengisian yang diberikan. Antara yang dibincangkan adalah kaedah menghafaz al-Quran untuk kekal lama, tips muraja'ah al-Quran, petua khusus penjagaan al-Quran, tips mumtaz subjek al-Quran dan masalah serta ...