
[ MINDA SISWA | SIRI 6 ] 📍KITA ADALAH DAIE Firman Allah SWT : وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ. Maksudnya : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah SWT, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." (Surah Fussilat : ayat 33) Ayat al-Quran ini seharusnya menjadi motivasi kepada setiap yang membaca agar sentiasa mengerjakan amal soleh. Allah SWT memberitahu bahawa berdakwah dengan menyeru manusia kepada-Nya dan Islam itu merupakan sebaik-baik urusan bahkan menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk dilaksanakan. Apa yang dikatakan dengan dakwah itu adalah : • Memimpin manusia mengenali Allah SWT. • Menunjukkan manusia kepada jalan kebenaran dan kebaikan. • Mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan. Tidak cukup bagi seseorang itu beramal untuk dirinya sahaj...