Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 7 : MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT ]

Imej
  [ MINDA SISWA | SIRI 7 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT  Firman Allah SWT : الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ  Maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (Surah At-Taubah : ayat 20) Di dalam Kitab Tafsir Jalalain menerangkan bahawa orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah SWT dengan harta dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya iaitu kududukannya di sisi Allah SWT daripada orang yang selain mereka dan itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan. Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan Islam menjadi tauladan yang dapat kita jadikan tamsilan, bahawa tarbiah d...

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ]

Imej
  [ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ] 28 SEPTEMBER 2020, ISNIN, SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu kunjung hormat bersama  Tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor di  Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.  Pertemuan ini telah diketuai oleh Ustaz Aiman Syahmi bin Azhari, Bendahari Kehormat BKASM sesi 2019/2020 bersama beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM. Pertemuan ini turut  dihadiri oleh Dr. Hjh. Adibah binti Abdul Wahab, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf dan beberapa ahli jawatankuasa Lembaga Zakat Selangor. Pertemuan ini dimulakan dengan sesi taaruf di antara wakil BKASM dan ahli Lembaga Zakat yang turut hadir. Seterusnya, pengenalan ringkas mengenai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Tujuan Kunjung Hormat ini diadakan bagi memperkenalkan dan menjalinkan hubungan baik a...