Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

[PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani. Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 23 Disember 2020. Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selari dengan sabda Rasulullah SAW : مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ، تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ Bermaksud: "Di antara kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak penting (berguna) baginya." [Hadis Riwayat Tirmizi] Oleh itu, maril...

[KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ]

Imej
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2020/2021 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah dan membuat ulangkaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 23 Disember 2020 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah bagi memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha dan...