[PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani.
Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 23 Disember 2020.
Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selari dengan sabda Rasulullah SAW :
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ، تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Bermaksud: "Di antara kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak penting (berguna) baginya."
[Hadis Riwayat Tirmizi]
Oleh itu, marilah sama-sama kita mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat yang kekal abadi.
"Tarbiah Diperkasa Sahsiah Terpelihara"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Ustaz Muhammad Naqib bin Azhar
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2020/2021
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#SetiaBersamaUkhuwah
#KitaKeluargaBKASM
#JubliZamrud55TahunBKASM
Ulasan
Catat Ulasan