[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ]

[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ] 3 APRIL 2021, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 yang telah diadakan di Dewan Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Program kali ini membawa konsep Norma Baharu dengan melibatkan 50 ikhwah dan 50 akhawat sebagai perwakilan dan selebihnya sebagai pemerhati. Tema program pada kali ini ialah "Syura Diaplikasi Sunnah Direalisasi" Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memanfaatkan mesyuarat sebagai platform mengutarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM di samping mengukuhkan kebersamaan ahli.Seterusnya, menambah thaqafah ahli BKASM melalui pengisian yang dijalankan. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 bermula dengan majlis perasmian. Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 telah memberikan ucapan sulung. Seterusnya ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bi...