[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ]


[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ]

3 APRIL 2021, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 yang telah diadakan di Dewan Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Program kali ini membawa konsep Norma Baharu dengan melibatkan 50 ikhwah dan 50 akhawat sebagai perwakilan dan selebihnya sebagai pemerhati. Tema program pada kali ini ialah "Syura Diaplikasi Sunnah Direalisasi"

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memanfaatkan mesyuarat sebagai platform mengutarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM di samping mengukuhkan kebersamaan ahli.Seterusnya, menambah thaqafah ahli BKASM melalui pengisian yang dijalankan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 bermula dengan majlis perasmian. Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 telah memberikan ucapan sulung. Seterusnya ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021. Akhir sekali  ucapan daripada Ustaz Fahmi bin Abu Kasim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2019-2021 selaku perasmi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45.

Agenda besar mesyuarat seperti pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-44 oleh Jabatan Setiausaha Agung, pembentangan laporan bagi setiap Lajnah dan Jabatan BKASM, pembentangan laporan Kewangan BKASM dan pembentangan serta perbahasan usul daripada ahli kepada BKASM bagi sesi 2020/2021.

Mesyuarat Agung Tahunan BKASM kali ke-45 telah diakhiri dengan ucapan penutup daripada Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Mantan Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020 dan ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021.

Semoga pelaksanaan mesyuarat ini menatijahkan suatu keputusan yang terbaik bagi meneruskan survival BKASM dan legasi pimpinan serta ahlinya di samping mempertahankan wadah kesatuan anak-anak Selangor di Mesir khususnya pada masa hadapan.


"Syura Direalisasi Sunnah Diaplikasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Timbalan Pengarah l (Setiausaha),
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 (MAT 45),
BKASM sesi 2020/2021.


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG