Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

[ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ]

Imej
  [ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ] 13 APRIL - 15 MEI 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) dan SYAWAL '21. IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Tahun ini, program IHTIRAM dan SYAWAL' 21 mengekalkan konsep menyambut bulan Ramadan dalam norma baharu yang disarankan. Peringkat IHTIRAM dan SYAWAL '21 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program 'online' yang telah disusun. Antara program-program IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang berjaya dilaksanakan ialah Tazkirah Subuh Khas Bersiri, Bicara Ramadan, 'caption' ilmiah Ramadan, tad...