[ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ]

 


[ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ]


13 APRIL - 15 MEI 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) dan SYAWAL '21.


IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Tahun ini, program IHTIRAM dan SYAWAL' 21 mengekalkan konsep menyambut bulan Ramadan dalam norma baharu yang disarankan. Peringkat IHTIRAM dan SYAWAL '21 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program 'online' yang telah disusun.


Antara program-program IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang berjaya dilaksanakan ialah Tazkirah Subuh Khas Bersiri, Bicara Ramadan, 'caption' ilmiah Ramadan, tadarus dan tadabbur al-Quran, Kuiz Maya dan lain-lain. 


Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Bersiri, Bicara Ramadan dan E-book Peristiwa Ramadan. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli sekalipun berhadapan musim persediaan Imtihan.


Pada 13 Mei 2021, Majlis Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021 telah berjaya diadakan. Perutusan Aidilfitri telah disampaikan oleh Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar melalui 'Live Streaming'. 


Antara program yang menarik diadakan dalam program SYAWAL '21 ini ialah Tazkirah Subuh Khas yang bertajuk: 'Tuntutan Amal di Bulan Syawal' yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli, (Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir) pada hari raya kedua. 


Majlis Penutupan SYAWAL' 21 telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar (Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021) secara langsung di 'Facebook' Media Penerangan BKASM, ucapannya didahului dengan penghargaan kepada seluruh barisan penggerak program IHTIRAM dan SYAWAL '21 dan semua ahli BKASM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan ukhuwah dan kebersamaan ahli BKASM. Di samping itu, ahli juga dapat meningkatkan tarbiah dan thaqafah di dalam diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan.



"Perjuangan Ramadan Dihayati, Natijah Takwa Direalisasi"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :

Setiausaha,

IHTIRAM dan SYAWAL '21,

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

#JauhiMaksiatLazimiTaat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG