[ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ]

[ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ] 23-24 OGOS 2021, HAYYU ASYIR - Bengkel Kemahiran Adobe anjuran Unit Kelab LPP di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021 telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis serta mengasah kemahiran ahli dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli designer BKASM. Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula jam 8.00 pagi - 3.00 petang bertempat di Musolla Darul Iman, Hayyu Asyir. Program tersebut telah dihadiri oleh 20 orang peserta ikhwah dan 20 orang peserta akhawat termasuk bilangan mentor dan penggerak yang turut hadir. Bagi hari pertama, majlis dimulakan dengan taklimat program yang disampaikan oleh saudara Amirul Khairul Mohd Sajury selaku pengarah Bengkel Kemahiran Adobe 2021 dan diteruskan dengan pembentangan asas-asas Adobe Premiere Pro yang telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Mustaqim Nur Iman, (Unit Pesat KPIPM sesi 2020/2021). Sepan...