[ SAEIDHA '21 | SINERGI TADHIYAH IMPLEMENTASI UKHUWAH ]


 [ SAEIDHA '21 | SINERGI TADHIYAH IMPLEMENTASI UKHUWAH ]


1 JULAI - 24 JULAI 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Eidul Adha 2021 (SAEIDHA '21).


SAEIDHA '21 yang berlangsung sepanjang bulan Zulhijjah yang lalu, telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Tahun ini, program SAEIDHA '21 telah menyambut raya haji dalam suasana norma baharu. Peringkat SAEIDHA '21 telah menyusun aktiviti-aktiviti sebaiknya supaya semua ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan raya haji sebagai madrasah tarbiah dan thaqafah melalui penyertaan aktiviti-aktiviti maya yang telah disusun.


Antara aktiviti-aktiviti SAEIDHA '21 yang telah berjaya dijalankan ialah Tazkirah Subuh Khas Aidiladha, Daurah Fiqh Korban, Forum Ibadah Korban, Gotong-royong Korban dan Melapah dan lain-lain.


Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Aidiladha, Daurah Fiqh Korban dan Forum Ibadah Korban. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli sekalipun berhadapan dengan suasana norma baharu.


Pada 24 Julai 2021, Majlis Penutupan SAEIDHA '21 telah dimulakan dengan ucapan daripada ustaz Muhammad Naqib bin Azhar selaku Pengarah SAEIDHA '21. Kemudian majlis telah diteruskan dengan ucapan penutupan SAEIDHA '21 dan diiringi Perasmian Madrasah Habannakah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021. Majlis ini telah dijalankan secara langsung di Facebook Media Penerangan BKASM dan telah mendapat sambutan yang hebat daripada ahli BKASM.


Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan tali ukhuwah dan meningkatkan lagi kebersamaan antara ahli BKASM. Di samping itu, ahli juga dapat meningkatkan tarbiah dan thaqafah dalam diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan.


"Sinergi Tadhiyah Implementasi Ukhuwah"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh:

Setiausaha (Unit Promosi)

Sambutan Eidul Adha 2021 (SAEIDHA '21)

BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG