Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

Imej
[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] 15 FEBRUARI 2022, SELASA, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut diwakili oleh Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022, Ustazah Siti Anisa binti Ngah@Khairul Anuar, selaku Timbalan Yang Dipertua ll BKASM sesi 2021/2022 serta beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM sesi 2021/2022. Pertemuan yang berlangsung adalah berkaitan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi serta bertukar  pandangan serta cadangan antara peringkat BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor bagi sebarang kerjasama program, khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor.  Selain itu, pihak BKASM sangat berbesar hati atas nas...

[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]

Imej
  [TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]  15 JANUARI - 3 FEBRUARI 2022, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 telah menyediakan khidmat Tremco Imtihan untuk kemudahan ahli bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah yang telah berlangsung sepanjang musim peperiksaan fasa 1 yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam negeri Selangor serta negeri-negeri lain iaitu Terengganu dan Pahang. Tremco Imtihan berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari sepanjang tempoh peperiksaan iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pertama, pukul 10.00 pagi bagi sesi kedua dan pukul 1.00 petang bagi sesi ketiga. Pengumpulan bagi Tremco Imtihan berpusat di Dataran Rumah Anak Selangor, Hayyu Asyir bagi pelajar ikhwah dan akhawat.  Antara objektif kebajikan yang dibawa adalah sebagai pemudah cara kepada ahli khususnya untuk hadir ke dewan kuliah awal daripada waktu bermula peperiksaan sebagai langkah persediaan, di...

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa satu telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 10 Februari 2022. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat daripada Imam Ibnu Al-Jauzi yang bermaksud : "Alangkah sedikitnya orang yang beramal dengan ikhlas kerana Allah SWT kerana kebanyakan manusia ingin i...