[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]
[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]
15 JANUARI - 3 FEBRUARI 2022, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 telah menyediakan khidmat Tremco Imtihan untuk kemudahan ahli bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah yang telah berlangsung sepanjang musim peperiksaan fasa 1 yang lalu.
Perkhidmatan Tremco Imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam negeri Selangor serta negeri-negeri lain iaitu Terengganu dan Pahang. Tremco Imtihan berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari sepanjang tempoh peperiksaan iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pertama, pukul 10.00 pagi bagi sesi kedua dan pukul 1.00 petang bagi sesi ketiga. Pengumpulan bagi Tremco Imtihan berpusat di Dataran Rumah Anak Selangor, Hayyu Asyir bagi pelajar ikhwah dan akhawat.
Antara objektif kebajikan yang dibawa adalah sebagai pemudah cara kepada ahli khususnya untuk hadir ke dewan kuliah awal daripada waktu bermula peperiksaan sebagai langkah persediaan, di samping memupuk sikap kebersamaan dan saling berkenalan sesama ahli negeri Selangor serta negeri-negeri yang lain.
Tremco Imtihan juga merupakan sebahagian usaha bagi merealisasikan pembawaan BKASM sesi kali ini dengan matan yang berbunyi "Perkasa Kebajikan Teguh Kebersamaan".
Jutaan penghargaan dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perkhidmatan Tremco Imtihan dengan jayanya pada sesi kali ini. Semoga dengan usaha kecil ini dapat memelihara kebajikan ahli sepanjang tempoh menuntut ilmu di bumi Mesir. Insya-Allah.
Setinggi-tinggi pengharapan agar usaha murni ini dapat sentiasa dilaksanakan pada sesi akan datang kerana Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sentiasa komited dalam memberi khidmat kebajikan kepada ahli berlandaskan usul dan pembawaan sesi kali ini.
"Perkasa Kebajikan Teguh Kebersamaan"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2021/2022
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan