[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ] 31 MAC, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris (Timbalan Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Khairul Jahrin bin Hj Nasri yang bertempat di Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam. Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mujahid b. Mad Zakuan (Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022), Ustazah Durratu Wafa' bt. Muhamad Aufa (Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2021/2022) dan beberapa orang wakil ahli BKASM. SS Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Mufti Negeri Selangor. Beberapa nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh SS Timbalan Mufti khusus kepada semua Mahasiswa Selang...