[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]
[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]
31 MAC, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris (Timbalan Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Khairul Jahrin bin Hj Nasri yang bertempat di Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam.
Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mujahid b. Mad Zakuan (Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022), Ustazah Durratu Wafa' bt. Muhamad Aufa (Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2021/2022) dan beberapa orang wakil ahli BKASM. SS Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Mufti Negeri Selangor.
Beberapa nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh SS Timbalan Mufti khusus kepada semua Mahasiswa Selangor ialah :
1) Mahasiswa perlu manfaatkan waktu muda untuk menuntut dan menggali ilmu.
2) Mahasiswa perlu menguasai kemahiran-kemahiran lain untuk mendepani keperluan semasa.
3) Tingkatkan diri dengan kemahiran berbahasa arab dalam pengajian semasa.
4) Sentiasa bersedia dengan usia yang diberikan dengan perkara-perkara kebaikan.
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjung hormat ini. Semoga hubungan di antara BKASM dan Jabatan Mufti Negeri Selangor terus terjalin erat Insya-Allah.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2021/2022
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan