Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

[ LAPORAN | SAMBUTAN EIDUL ADHA 2023 (SAEIDHA '23) ]

Imej
[ LAPORAN | SAMBUTAN EIDUL ADHA 2023 (SAEIDHA '23) ] 27 Jun - 5 Julai 2023, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Eidul Adha 2023 (SAEIDHA '23). SAEIDHA '23 yang membawa tema 'Menghayati Makna Tadhiyah Sejati' yang berlangsung selama 9 hari telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada objektif meningkatkan kesedaran pentingnya bersatu dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Takbir Raya, Perutusan Raya oleh Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), aktiviti merewang, pacak kandang dan pacak khemah, sembelihan, jamuan ringan, Talkshow Saiedha '23, Sambutan Ulang Tahun BKASM kali ke-58 dan lain-lain lagi.  Pada 2 Julai 2023, telah berlangsungnya Rumah Terbuka dan Majlis Perasmian Penutupan Saiedha '23 yang dirasmikan oleh Puan Rafedah binti Abdul Aziz selaku Ketua Censeri, Kedutaan Besar Malaysia Kah...

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa dua telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 7 Julai 2023. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat serta kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat dari firman Allah SWT:  { وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا } Maksudnya: “Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) a...