[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]


بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli. 


Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa dua telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 7 Julai 2023.


Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat serta kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah.


Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat dari firman Allah SWT: 


{ وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا }


Maksudnya: “Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.”

(Surah al-Muzzammil: ayat 8)


Baginda SAW sentiasa menyuap para sahabat dengan peringatan al-Quran. 


Ia menenangkan hati, menghilangkan kekeliruan bahkan al-Quran mendatangkan penyelesaian.


Ini adalah 'makanan ruji’ bagi para pembantu agama Allah SWT yang sentiasa memahami isi al-Quran dan mengaplikasikan dalam setiap tindakan. Wallahua'lam.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Ustaz Muhammad Faris Anas bin Mohamad Razif

Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah

BKASM sesi 2022/2023


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG