Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

ADHA'12 PMRAM CAWANGAN SELANGOR

Imej
            SELASA 30 September 2012- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan tremco kepada ahli bagi menyertai program Sambutan Hari Raya Aidil Adha  PMRAM (ADHA ’12) yang telah berlangsung di Tanta.Seramai 32 ahli BKASM turut serta yang terdiri daripada 4 orang ikhwah 28 akhawat dalam menjayakan program tersebut. Tepat pukul 8.30 pagi,tremco bertolak dari Kompleks Selangor Hayyu Asyir. Perjalanan memakan masa selama 2 jam dan selamat tiba di muhafazah Tanta pada pukul 10.30 pagi.Suasana ketika majlis berlangsung amat meriah dan ukhuwah juga tertaut kemas khususnya diantara mahasiswa dan mahasiswi pengajian islam dan sains kesihatan. Selain itu juga turut memeriahkan lagi program ADHA ’12 kali ini dengan kehadiran ahli Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa) DPM yang lain dibawah naungan PMRAM dalam menjayakan program tersebut. ...

3 Resolusi diputuskan ketika Ucaptama YDP BKASM Sesi 2012/2013

Imej
KHAMIS 18 OKT 2012 , Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013.Turut hadir,pelajar daripada muhafazah dan mahasiswa-mahasiswi sains kesihatan.Tidak dilupakan juga,Ustazah Mardhiah Nordin HEWI Angkat PMRAM cawangan Selangor turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.              Tepat jam 6.30 malam,majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Seterusnya ucapan daripada Pengarah Majlis Ucaptama YDP BKASM sesi 12/13 Ustazah Nur Hafizah Mastro dan Ustaz Abd Mun’im Abd Sukor Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13.Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir.Antara intisari nasihat yang dinukilkan oleh beliau ialah : “ Program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) khususnya berbentuk tarbiah mendapat sokongan daripada peja...

PROGRAM RIADAH UKHUWAH MAHABBAH DI ZAHRA’

Pada 29 haribulan yang lalu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) di bawah Lajnah Kesenian Dan Sukan telah mengadakan satu program riadah ukhuwah bertempat di Pusat Sukan Zahra’. Program ini disertai anak-anak Selangor khususnya pelajar-pelajar yang baru tiba bertujuan: 1.        Meraikan kehadiran pelajar-pelajar baru 2.        Meningkatkan ukhuwah di antara ahli-ahli  BKASM  khususnya abang-abang lama dan pelajar-pelajar baru. Sebuah bas telah disediakan dan mula bertolak  pada jam 7.30 malam. Sesampainya di sana, pembahagian kumpulan dilakukan dan  dibahagikan kepada dua padang. Tepat jam 8.30 malam, permainan dimulakan dan semua ahli menunjukkan kemahiran dan kesungguhan masing-masing serta menunjukkan persaingan yang sihat. Setelah lebih dua jam berlalu, permainan dihentikan dan semua diarahkan untuk kembali berhimpun. Sambil merehatkan badan dan menghilangkan keletihan,  semua...