ADHA'12 PMRAM CAWANGAN SELANGOR
SELASA 30 September 2012-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan tremco kepada ahli bagi menyertai program Sambutan Hari Raya Aidil Adha PMRAM (ADHA ’12) yang telah berlangsung di Tanta.Seramai 32 ahli BKASM turut serta yang terdiri daripada 4 orang ikhwah 28 akhawat dalam menjayakan program tersebut.
Tepat pukul 8.30
pagi,tremco bertolak dari Kompleks Selangor Hayyu Asyir. Perjalanan memakan
masa selama 2 jam dan selamat tiba di muhafazah Tanta pada pukul 10.30 pagi.Suasana
ketika majlis berlangsung amat meriah dan ukhuwah juga tertaut kemas khususnya
diantara mahasiswa dan mahasiswi pengajian islam dan sains kesihatan. Selain
itu juga turut memeriahkan lagi program ADHA ’12 kali ini dengan kehadiran ahli
Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa) DPM yang lain
dibawah naungan PMRAM dalam menjayakan program tersebut.
BKASM berasa
terpanggil untuk turut serta memeriahkan Program Sambutan Hari Raya Aidil Adha
(ADHA ’12) PMRAM bagi mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara ahli PMRAM lebih-lebih lagi DPM Tanta yang mana
merupakan salah satu taakhi zon D PMRAM.
Selain
itu,seperti yang kita maklum, menghidupkan suasana di DPM merupakan salah satu
resolusi yang telah disepakati ketika Konvensyen DPM yang lalu,jadi BKASM
menyahut serta turut bersama PMRAM dalam menjayakan resolusi ini seterusnya
menyokong agar survival di DPM dapat dipertahankan.
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
“Kita PMRAM”
Hanis Madihah Meor Hamdan
Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan