3 Resolusi diputuskan ketika Ucaptama YDP BKASM Sesi 2012/2013




KHAMIS 18 OKT 2012, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013.Turut hadir,pelajar daripada muhafazah dan mahasiswa-mahasiswi sains kesihatan.Tidak dilupakan juga,Ustazah Mardhiah Nordin HEWI Angkat PMRAM cawangan Selangor turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

             Tepat jam 6.30 malam,majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Seterusnya ucapan daripada Pengarah Majlis Ucaptama YDP BKASM sesi 12/13 Ustazah Nur Hafizah Mastro dan Ustaz Abd Mun’im Abd Sukor Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13.Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir.Antara intisari nasihat yang dinukilkan oleh beliau ialah :

“ Program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) khususnya berbentuk tarbiah mendapat sokongan daripada pejabat HEP Selangor Mesir.Pejabat HEP Selangor Mesir memberi sokongan sepenuhnya kepada BKASM dalam menjayakan program usrah (Islamic circle) yang berkait rapat dengan buku KPI.”

            Kira-kira jam 7.30 malam,majlis bersambung dengan pembentangan Ucaptama Yang Dipertua BKASM sesi 12/13.Selepas selesai pembentangan ucaptama tersebut,majlis disajikan dengan dendangan nasyid daripada kumpulan Sufi’s Rhythm Selangor.

            Sebanyak 7 pembawakan dan 3 Resolusi yang telah diputuskan dan disepakati oleh ahli BKASM bagi menjayakan pembawakan BKASM pada sesi ini.Antaranya,

Pembawakan :

- Pengukuhan Thaqafah dan Akademik
- Keberjayaan Ekonomi Tanggungjawab Bersama
- Mujahid Profesional Mujahidah Intelektual
- Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Tranformasi Ummah Berkualiti
- Bersatu Berkebajikan
- Isu Semasa Isu Kita
- Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran

Resolusi :

- Menjayakan 3 usul BKASM
- Menyatupadukan kesatuan dan fikrah dalam kalangan ahli
- Menjayakan slogan "Kita PMRAM"

           Majlis diteruskan dengan pembahagian usrah daripada Jabatan Fasilitator BKASM (JATA).Seterusnya majlis disajikan dengan sedikit jamuan ringan dan berakhir pukul 11.00 malam.

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

MUHAMMAD SALIHIN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA
MAJLIS UCAPTAMA YANG DIPERTUA
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR
SESI 2012/2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG