Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

BKASM DAN PEGAWAI HEP SELANGOR CAKNA DENGAN KEBAJIKAN AHLI

Imej
Khamis,18 April 2013- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir bersama Ustaz Mohd Farid Bin Zainal selaku pegawai HEP Selangor Mesir telah menziarahi saudara Muhammad Izzuddin bin Zailani merupakan  pelajar perubatan tahun 5 Ain Shams yang telah  mengalami kemalangan  pada 17 April yang lalu di Abbasiah dan mengalami kecederaan yang serius pada mangsa   . Justeru itu, BKASM  dan pegawai HEP Selangor Mesir  sentiasa  menitik beratkan kebajikan anak-anak Selangor yang berada di bumi mesir ini.   “BERSATU BERKEBAJIKAN” “KITA PMRAM” Disediakan oleh: Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan Ketua Lajnah Kebajikan BKASM 2012/2013

KEMBARA SALAFUSSOLEH BAHNASA:MENYEMAI CINTA DAN KASIH KEPADA ULAMA'

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan ziarah makam, kembara salafussoleh ke Bahnasa pada 11 April 2013 disebelah ikhwah dan 13 April 2013  disebelah akhawat. Ziarah makam yang diadakan pada setiap tahun telah memilih Bahnasa sebagai destinasi pada tahun ini untuk lebih mendekatkan mahasiswa/wi Selangor dengan para auliya’ serta mengetahui sejarah bumi Bahnasa dimana banyak bersemadinya jasad para sahabat dan orang-orang yang mulia. Seramai 110 orang siswa yang mendaftar mengikuti kembara ini manakala 121 siswi dan 9 orang barisan musyrif dari kalangan mutazawwijin dan musyrif yang dipilih telah menjayakan kembara salafussoleh ini. Para peserta seterusnya dibahagikan tempat duduk mengikut bas masing-masing bersama taakhi yang telah ditetapkan. Permusafiran ke Bahnasa dimulakan dengan solat hajat dan solat musafir. Perjalanan bermula pada jam 1.30 pagi dari asrama Selangor dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk samp...

BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad SAW kerana jerih payah baginda mengeluarkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kearah cahaya hidayah, seisi keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang agama Allah sehingga hari kiamat. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas nikmat Islam dan Iman yang kita dapat hari ini, moga-moga nikmat ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Mutakhir ini, kita dimaklumkan berkenaan pembubaran parlimen di Negara Malaysia yang kita cintai, menandakan berakhirnya pemerintahan kerajaan yang sedia ada. Justeru itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diketuai oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim atas sebarang bantuan dan kerjasama terbaik yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada BKASM sepanjang tempoh perkhidmatan. BKASM mengucapkan semoga maju jaya ke...

Muhasabah Separuh Penggal (HYPER ’13) :Menjana Kematangan Survival BKASM

Imej
6 APRIL 2013, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) Sesi 2012/2013 telah menganjurkan program HYPER ’13,Half Year Meeting 2013 yang bertemakan “Muhasabah Diamati Mematangkan Organisasi” bertempat di asrama rumah Selangor Darul Ehsan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk  menilai dan memuhasabah pencapaian BKASM serta mendengar sebarang aduan atau masalah daripada ahli BKASM.    Program tersebut dimulai dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh pegawai HEP Selangor,Encik Mohd Farid bin Mohd Zainal.Turut hadir dalam majlis perasmian itu,wakil badan pengurus angkat Selangor Saudara Muhammad Amri bin Ouma serta tiga orang HEWI angkat Selangor,Saudari Ainah bt Ramli,Saudari Nazuha binti Mohd Suhimi dan Saudari Farah Haziqah binti Mohd Harun.   Kemudian,muhasabah separuh penggal mula bersidang yang telah dikendalikan oleh YDP BKASM sesi 2012 / 2013,Saudara Abd Mun’im bin Abd Sukor dan dibahagikan kepada dua sesi,sesi pertama ialah sesi mengut...

Keberjayaan Ekonomi Tanggungjawab Bersama: FUHH'13 Luar Daripada Biasa

Imej
KAHERAH -Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 berjaya melaksanakan satu program mega iaitu program bazaria yang diberi nama Fiesta Ukhuwah Iqtisadhiah (FUHH’13), program ini telah berjalan selama tiga hari, bermula pada tarikh 25 sehingga 27 Mac 2013.Program selama tiga hari ini bertempat di dataran Hayyu ‘Asyir.Pengarah bagi program bazaria ini ialah ustaz Asraf Alias sebagai Ketua Lajnah Ekonomi BKASM 2012/2013 dan dibantu oleh ustazah AsmaizatulZarifah Nahrawi   iaitu timbalannya beserta 20 barisan   jawatankuasa pelaksana program.                     Antara objektif FUHH’13 pada kali ini ialah mengukuhkan ekonomi  BKASM, menghidupkan sunnah nabi Muhammad S.A.W serta mendidik ahli mengenai selok belok perniagaan islam di samping memperkasakan kesatuan ahli.Pada tahun ini gerai yang dibuka ialah sebanyak 23 gerai,10gerai bagi akhawat manakala 13 lagi gerai ikhwah.FUHH’13 turut m...

TINTA JUMAAT - 21 (DAULAH IMPIAN MENUJU USTAZIATUL ALAM)

Imej
Firman ALLAH s.w.t: “Dan tidaklah Kami utuskanmu (Wahai Muhammad) melainkan kerana rahmat kepada seluruh alam”(al-Anbiya’:107)            Baginda s.a.w adalah contoh ikutan terbaik dalam segenap aspek perkara,daripada seorang pemimpin yang cukup disegani dalam pentadbirannya sehinggalah menjadi seorang kekasih kepada Sang Penguasa Alam.Tiada manusia yang lebih sempurna melainkan Rasulullah s.a.w. Kedatangan Islam yang dipimpin oleh baginda seolah-olah datangnya sinar cahaya menerangi kegelapan alam.Kaum Arab yang ketika itu hidup diselaputi jahiliyah kembali tersedar dari lena.Hati yang sekeras batu berubah menjadi selembut air,masyarakat kembali kepada fitrah Islam.Dunia menyaksikan perubahan yang amat ketara.                  Seorang tokoh barat George Bernard Shaw di dalam ‘The Genuine Islam’ (Vol 1,No 8,1936) menyatakan pandangannya “(ISLAM) adalah satu-satunya agama yang mempunyai kemampu...