TINTA JUMAAT - 21 (DAULAH IMPIAN MENUJU USTAZIATUL ALAM)
Firman ALLAH s.w.t:
“Dan tidaklah Kami utuskanmu (Wahai Muhammad) melainkan kerana rahmat
kepada seluruh alam”(al-Anbiya’:107)
Baginda s.a.w adalah contoh ikutan terbaik dalam segenap aspek
perkara,daripada seorang pemimpin yang cukup disegani dalam pentadbirannya
sehinggalah menjadi seorang kekasih kepada Sang Penguasa Alam.Tiada manusia
yang lebih sempurna melainkan Rasulullah s.a.w.
Kedatangan Islam yang dipimpin oleh baginda seolah-olah datangnya sinar
cahaya menerangi kegelapan alam.Kaum Arab yang ketika itu hidup diselaputi
jahiliyah kembali tersedar dari lena.Hati yang sekeras batu berubah menjadi
selembut air,masyarakat kembali kepada fitrah Islam.Dunia menyaksikan perubahan
yang amat ketara.
Seorang tokoh barat George Bernard Shaw di dalam ‘The Genuine Islam’
(Vol 1,No 8,1936) menyatakan pandangannya “(ISLAM) adalah satu-satunya agama
yang mempunyai kemampuan bagi menyesuaikan ajarannya dengan suasana kehidupan
yang berubah-ubah dan mampu menjadi tarikan setiap zaman.”
Maratib amal yang telah disusun oleh asy-syahid Imam Hassan al-Banna
sudah cukup menjadi bukti bahawa tertegaknya sebuah negara Islam bermula dengan
peranan seorang individu.Gabungan individu-individu serta keluarga muslim yang
beriltizam dengan Islam membentuk sebuah masyarakat Islam dan akhirnya akan
melahirkan kerajaan Islam.
Ø FARDU MUSLIM
Ø BAITUL MUSLIM
Ø MUJTAMA’ MUSLIM
Ø KERAJAAN ISLAM
Ø DAULAH ISLAM
Ø KHILAFAH ISLAMIAH
Ø USTAZIATUL ALAM
Bukanlah sebuah negara yang diidamkan apabila ia berjaya mengangkat
martabat negara melalui kehebatan pencapaian ekonominya semata-mata,kerana kita
tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang
bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan banyak
penyakit.
Namun ia perlu dihubungkan dengan pegangan agama dan keruhanian yang
mantap kepada ALLAH s.w.t pencipta alam ini,sekaligus DIA lah yang memandu
bahtera kehidupan negara tersebut.
Firman ALLAH s.w.t:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa,pastilah
Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi,tetapi mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami) itu,Maka Kami siksa mereka disebabkan
perbuatannya.Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman atau selamat
dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang
tidur?Atau apakah penduduk negeri-negeri tu merasa aman dari kedatangan siksaan
Kami kepada mereka di waktu Dhuha (pagi yang terang) ketika mereka sedang
bermain?Maka apakah mereka merasa aman dari azab ALLAH (yang tidak
terduga-duga)?Tiada yang merasa aman dan azab ALLAH selain orang-orang yang
rugi.” (al-A’raf:96-99)
“GENERASI RABBANI PELAPIS TARBAWI TRANSFORMASI
UMMAH BERKUALITI”
“KITA PMRAM”
Nukilan
Ustazah Nur Liana Binti Zainuddin
Timb. Ketua Lajnah Penerangan & Penerbitan
BKASM sesi 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan