Muhasabah Separuh Penggal (HYPER ’13) :Menjana Kematangan Survival BKASM
6 APRIL
2013, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) Sesi 2012/2013 telah
menganjurkan program HYPER ’13,Half Year Meeting 2013 yang bertemakan
“Muhasabah Diamati Mematangkan Organisasi” bertempat di asrama rumah Selangor Darul
Ehsan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk menilai dan memuhasabah pencapaian BKASM
serta mendengar sebarang aduan atau masalah daripada ahli BKASM.
Program tersebut dimulai dengan majlis
perasmian yang telah dirasmikan oleh pegawai HEP Selangor,Encik Mohd Farid bin
Mohd Zainal.Turut hadir dalam majlis perasmian itu,wakil badan pengurus angkat
Selangor Saudara Muhammad Amri bin Ouma serta tiga orang HEWI angkat Selangor,Saudari
Ainah bt Ramli,Saudari Nazuha binti Mohd Suhimi dan Saudari Farah Haziqah binti
Mohd Harun.
Kemudian,muhasabah separuh penggal mula
bersidang yang telah dikendalikan oleh YDP BKASM sesi 2012 / 2013,Saudara Abd
Mun’im bin Abd Sukor dan dibahagikan kepada dua sesi,sesi pertama ialah sesi
mengutarakan persoalan dan pertanyaan mengenai gerak kerja pimpinan BKASM dan
selanjutnya sesi kedua ialah sesi muhasabah dan cadangan. Program tersebut
telah mencapai objektif yang dirancang. Jamuan turut disediakan sebagai tanda
penghargaan kepada ahli atas keberjayaan
bazaria Selangor yang lalu. Semoga
muhasabah dan lontaran idea yang telah dikemukakan oleh ahli bakal menatijahkan
penambahbaik persatuan ini iaitu BKASM.
Disediakan
oleh:
Nur
Faiqah Baharudin
Setiausaha
Program Muhasabah
Separuh Penggal (HYPER’13)
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan