Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

DIDIK DAN ASUHLAH SEPERTI MENDIDIK ANAKMU - Tinta Jumaat Siri ke - 14

Imej
Nilai sebuah didikan menampakkan hasilnya apabila seseorang itu seperti cangkir yang kosong. Sebuah jag yang berisi air dituang di dalamnya , maka tiada setitik air pun yang akan tumpah dengan syarat ia memenuhi had batasan sebuah cangkir. Keadaan ini berbeza apabila air yang dituang memenuhi secangkir air yang penuh , maka air tersebut akan melimpah keluar kerana melepasi had batasan yang   sepatutnya. KITA HAMBA BUKAN TUHAN HAMBA “ Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi , tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk “. (Surah Al-Qasas ayat 56) Sering menjadi kerisauan seorang pendidik agar orang yang dididik menjadi sepertinya atau lebih baik daripadanya. Bahkan sangat menjadi kegusaran bagi seorang pendidik apabila butir-butir didikan seolah-olah tidak sampai kepada orang yang dididik. Mungkin kita lupa bahawa bukan kita be...

IJTIMAK DUAT SIRI 1 - Kelab Daie BKASM Sesi 2015/2016 Membuka Tirai

Imej
17 Februari 2016 - Kelab Daie BKASM sesi 2015/2016 pada hari ini membuka tirai dengan menganjurkan Ijtimak Duat Siri 1 yang bertempat di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir. Program dimulakan dengan kalam pembukaan oleh Pengarah Kelab Daie sesi ini, Ustaz Mohammad Syafiq bin Amran.Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan pengenalan murobbi untuk para duat pada sesi kali ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu tema Kelab Daie, solat maghrib dan makan malam. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan Kitab Risalah Ila Akhi fillah oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari. Majlis diteruskan lagi dengan slot "Talkshow : Asas Tarbiah" yang diacarakan oleh Ustaz Muhammad Farhan bin Ajiyan bersama dua ahli panel iaitu Ustaz Muhammad Yahya bin Samsul dan Ustazah Nazuha binti Mohd Suhimi.Setelah itu, para duat  menjalani aktiviti Gerak Kerja Berkumpulan(GKB) bersama murabbi  tentang tarbiah. Majlis diakhiri dengan kalam taujihat daripada Yang Dipertua ...

SALAHKAH EKSTREM ?? - TINTA JUMAAT SIRI ke - 13

Imej
Firman Allah S.W.T: “ Orang- orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu ( wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)..." ( Al Baqarah : 120) Mutakhir ini, dunia mengaitkan Islam dengan extreme (melampau). Secara kasar kita melihat ini merupakan satu hujuman yang menjatuhkan imej Islam yang suci. Lebih-lebih lagi apabila terdapat sesetengah pihak mengistilahkan Islam ekstrem ini adalah pelampau dalam agama.Namun, tanpa disedari ini merupakan satu agenda yang telah dicipta oleh barat untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Apabila barat menisbahkan pelampau pada Islam, maka mereka mendatangkan satu lagi istilah sebagai solusi iaitu Islam moderate (sederhana) atau Islam wasatiyyah yang dimaksudkan sederhana. Hakikatnya yang perlu diketahui, istilah-istilah ini adalah satu istilah yang sengaja dicipta oleh barat dalam berhadapan dengan umat islam supaya umat ini tidak menentang nilai-nilai yang ...

50 TAHUN MEMIMPIN KESATUAN - SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN BKASM

Imej
Suasana sekitar Jubli Emas BKASM 8 - 16 FEBRUARI 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir julang kalinya telah mengadakan Jubli Emas BKASM sempena menyambut ulang tahun penubuhan BKASM yang ke-50. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menyatu dan mengeratkan ikatan silaturrahim dalam kalangan ahli BKASM dan berterusan memberi kebajikan kepada anak-anak Selangor di perlembahan Nil. Program yang dijalankan bersifat bersiri dan tidak bersiri. Program bersiri adalah Bicara Duat, manakala yang tidak bersiri Munajat Perdana, Dakwah Kontemporari siri ke-5, Riadah Anak-Anak Selangor (RISE), dan "Talkshow:BKASM! The Untold Story". Pada 8 Februari 2016, Jubli Emas BKASM memulakan program Munajat Perdana bertempat di Musolla Darul Ehsan. Aktiviti yang diadakan adalah Iftar Jamaie, Solat Hajat, Tazkirah Khas,Dikir Dzikir, dan Taujihad daripada YDP BKASM. Pada hari berikutnya, program bersiri 'Bicara Duat' menampilkan pengisi- pengisi daripada Mala...

CERPEN : IMTIHAN DUNIA : RISALAH DAKWAH SIRI KEDUA

Imej
                Alkisah bermula dengan pengembaraan seorang hamba Allah yang bersiar-siar di tepi hutan. Sedang asyik menghirup udara rimba yang nyaman lagi menyegarkan, tiba-tiba kedengaran satu bunyi… krek!!sebaik sahaja menoleh kebelakang…aauuummmmm!!!  seekor harimau yang kelaparan kelihatan. Dengan penuh rasa cemas, si hamba Allah ini pun lari lintang pukang bagai tak cukup tanah untuk menyelamatkan diri. Namun, harimau itu tetap terus mengejar dan  mengejar. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi. Tanpa berfikir panjang, si hamba Allah ini terjun ke dalam perigi tersebut, dan berpaut pada seutas tali. Namun tali tu panjangnya tidaklah seberapa. Jadi dia tergantung di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang kelaparan itu menanti. Menoleh ke kiri dan kanan mencari jalan, sambil berdoa agar diselamatk...