CERPEN : IMTIHAN DUNIA : RISALAH DAKWAH SIRI KEDUA
Alkisah bermula dengan pengembaraan seorang
hamba Allah yang bersiar-siar di tepi hutan. Sedang asyik menghirup udara rimba
yang nyaman lagi menyegarkan, tiba-tiba kedengaran satu bunyi… krek!!sebaik
sahaja menoleh kebelakang…aauuummmmm!!! seekor harimau yang kelaparan kelihatan. Dengan
penuh rasa cemas, si hamba Allah ini pun lari lintang pukang bagai tak cukup
tanah untuk menyelamatkan diri. Namun, harimau itu tetap terus mengejar
dan mengejar. Sempat juga dia berdoa
agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah
diperlihatkan sebuah perigi. Tanpa berfikir panjang, si hamba Allah ini terjun
ke dalam perigi tersebut, dan berpaut pada seutas tali. Namun tali tu
panjangnya tidaklah seberapa. Jadi dia tergantung di tengah-tengah perigi. Di
mulut perigi, harimau yang kelaparan itu menanti. Menoleh ke kiri dan kanan
mencari jalan, sambil berdoa agar diselamatkan. Tengah-tengah dok berfikir,
tiba-tiba kedengaran kocakan air di
bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu apa yang ada kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya
yang besar yang nampak begitu kelaparan. Apalah nasib… Sudah jatuh ditimpa
tangga pula. Atas ada harimau, bawah pula ada buaya. Semakin risau dan takut
hamba Allah ni dibuatnya. Ketika hamba Allah ni mengerah otaknya berfikir untuk
mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang
celah-celah perigi naik ke atas ikut tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai
sahaja di atas, tikus tu gigit tali tu pula. “Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... macam mana nak buat ni”. Tidak lama selepas itu, keluar lagi seekor
tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai ke
atas, tikus hitam ni pun gigit tali tu juga. “Cis,ni lagi seekor... Macam mana
aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya ”. Berfikir lagi. “Kalau aku
naik ke atas kena makan harimau. Kalau tunggu tali putus, aku jatuh ke bawah
kena makan dek buaya. Macam mana nih...”.
Sedang hamba Allah ni ligat berfikir cara untuk selamatkan dirinya,
tiba-tiba.... terdengar satu bunyi.... zzzzzz... seekor lebah yang kelihatan
berat untuk terbang dengan perut yang sarat dengan madu melintasi mukanya dan
terbang ke atas. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang
sedang membawa madu tu sambil mulutnya ternganga. Tup… setitik madu terjatuh
dan masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak
terkata. "Fuh… manisnya madu ni…, tak pernah ku rasa seperti ini. Sedapnya…
Subhanallah… sungguh sedap madu ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu
lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah. Inilah kita…
Kalau semua nak tahu ,
*si Hamba Allah itu adalah kita sebagai manusia.
*Harimau yg mengejar itu adalah maut kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita.
*2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Nakir yang menanti kita di
alam kubur nanti.
*Tali tempat si hamba Allah bergayut tadi tu umpama jangka hayat
kita.
*Tikus putih dan hitam tu umpama siang dan juga malam yang sentiasa
menghakis umur kita.
*Madu..., madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Hanya disebabkan setitik madu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Samalah seperti kita, bila dapat nikmat sikit
lupa yang kita akan mati dan akan baertemu Allah. Astaghfirullah...
Firman Allah swt yang bermaksud:
“
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada diatas bumi sebagai perhiasan
baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang paling baik
pekerjaannya. Dan kami benar-benar akan menjadikan apa yang diatasnya (bumi)
menjadi tanah tandus lagi kering.”
[ Al-Kahfi : 7-8 ]
Di atas dunia ini kita diuji. Keputusannya
kita akan tahu diakhirat nanti. Manfaatkanlah kehidupan kita yang cuma sekali
ini. Agar tidak menyesal di akhirat nanti. Gagalnya kita dalam imtihan di Azhar
boleh iadah lagi, tapi gagalnya kita dalam
̎imtihan dunia ̎, kita tidak
dapat nak minta diberi peluang hidup di dunia sekali lagi.
" Pemantapan Biah Solehah Membentuk Generasi Berakhlak "
" Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Penulis:
Muhammad Afham Bin Shahrom
" Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Penulis:
Muhammad Afham Bin Shahrom
Ulasan
Catat Ulasan