IJTIMAK DUAT SIRI 1 - Kelab Daie BKASM Sesi 2015/2016 Membuka Tirai
17 Februari 2016 - Kelab Daie BKASM sesi 2015/2016 pada hari
ini membuka tirai dengan menganjurkan Ijtimak Duat Siri 1 yang bertempat di
Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir.
Program dimulakan dengan kalam pembukaan oleh Pengarah Kelab
Daie sesi ini, Ustaz Mohammad Syafiq bin Amran.Kemudian, majlis diteruskan lagi
dengan pengenalan murobbi untuk para duat pada sesi kali ini. Seterusnya,
majlis diteruskan dengan nyanyian lagu tema Kelab Daie, solat maghrib dan makan
malam.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembentangan Kitab
Risalah Ila Akhi fillah oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari. Majlis diteruskan
lagi dengan slot "Talkshow : Asas Tarbiah" yang diacarakan oleh Ustaz
Muhammad Farhan bin Ajiyan bersama dua ahli panel iaitu Ustaz Muhammad Yahya
bin Samsul dan Ustazah Nazuha binti Mohd Suhimi.Setelah itu, para duat menjalani aktiviti Gerak Kerja
Berkumpulan(GKB) bersama murabbi tentang
tarbiah.
Majlis diakhiri dengan kalam taujihat daripada Yang Dipertua
BKASM sesi 2015/2016, Ustaz Asraf bin Alias.Akhir sekali, semoga peserta dapat
mengambil input2 yg penting dalam pengisian yg diberikan sekaligus
menterjemahkannya dalam medan amal.
“ Daie Revolusi Tuntunan Murabbi “
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “
Kelab Daie
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan