SENI KEMATIAN YANG TERMULIA, KITA BAGAIMANA ? - Tinta Jumaat siri ke 29

Wahai Kaum! “Demi Allah, sesungguhnya apa yang kalian takutkan, hakikatnya inilah yang kalian dambakan iaitu MATI SYAHID. Kita tidak memerangi kuffar kerana banyaknya bilangan dan kekuatan persenjataan, tetapi kita memerangi mereka kerana AGAMA ISLAM ini yang Allah muliakan kita dengannya. Bangkitlah kalian memerangi musuh kerana sesungguhnya hanya ada satu pilihan dari dua kebaikan iaitu MENANG atau MATI SYAHID.” Inilah motivasi Abdullah bin Rawahah Radiallahu ‘Anhu kepada kaum muslimin ketika Perang Mu'tah. Menjadi kewajipan sebagai muslim dalam menjaga dan mempertahankan agama. Golongan terdahulu bertanggungjawab terhadap agama dengan bergalang ganti nyawa dan darah. Berinspirasikan sebuah firman Allah ; "Sesiapa yang menghendaki kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan" - surah Fatir:10 - Semangat mereka tidak pernah pudar bahkan keberanian mereka tidak...