KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKASM
ﻛُﻞُّ ﻧَﻔْﺲٍ ﺫَﺍﺋِﻘَﺔُ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati "
( Surah Ali Imran : 185 )
BKASM dengan dukacitanya memaklumkan bahawa seorang ahli BKASM telah dilaporkan meninggal dunia, saudara Nor Alif Luqman bin Nor Azmin pada 20 Jun 2016, bersamaan 15 Ramadan 1437 Hijrah, sekitar pukul 8 pagi kerana disyaki menghidapi penyakit anemia dan jangkitan kuman.
Berikut kronologi susulan rawatan yang diterima oleh Allahyarham Ustaz Nor Alif Luqman bin Nor Azmin :
Mei 2016
- BKASM telah membawa beliau ke klinik kerana mengadu sakit perut dan gastrik.
6 Jun 2016
- BKASM membawa beliau ke Klinik Awal Sabik bagi menjalani pemeriksaan kerana mengadu sesak nafas dan batuk.
- Doktor telah membuat ujian darah dan x-ray di bahagian dada serta memberikan ubat (iron).
- Melalui ujian darah tersebut doktor menyatakan bahawa beliau kekurangan darah merah (Haemoghlobin).
18 Jun 2016
- BKASM bersama dengan warden, Ustaz Mohd Ariff bin Norzali mewakili Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah membawa beliau ke Hospital Tawfikia kerana berada dalam keadaan agak lemah dan telah dimasukkan air. Doktor menyatakan terdapat jangkitan pada bahagian dada, namun gagal untuk membuat ujian darah kerana mengalami dehidrasi.
19 Jun 2016
- Beliau telah di bawa sekali lagi ke hospital untuk dibuat ujian darah namun gagal kerana kekurangan darah dan telah dimasukkan 2 botol air atas nasihat doktor.
Doktor mencadangkan untuk merujuk ke Hospital Abbasiah Sodr untuk rawatan selanjutnya.
20 Jun 2016
- Allahyarham Nor Alif Luqman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 8 pagi bertempat di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir.
Jenazah telah diuruskan oleh pihak BKASM dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir
- Dan alhamdulillah urusan jenazah dipermudahkan.
InsyaAllah ,Ustaz Mohd Yasser Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir akan mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia pada 21 Jun 2016 jam 9 pagi.
Justeru, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nor Alif Luqman bin Nor Azmin dan mendoakan semoga keluarga arwah diberi kekuatan atas musibah yang menimpa.
Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba yang soleh.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Asraf bin Alias
Yang Dipertua
BKASM sesi 2015/2016
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan