PERANCANGAN ATAU KEBETULAN? - Tinta Jumaat siri ke 26
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“ Mereka merancang (tipu daya)
dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan perancangan Allah adalah
sebaik-baik perancangan’’
Saban hari kita menjalani kehidupan kita
seharian di atas muka bumi Allah yang fana’ ini dengan penuh pekerjaan. Akan
tetapi, adakah kita sedar segala tindakan atau perbuatan kita itu dirancang
ataupun tidak. Allah mengurniakan kepada setiap hambanya 24 jam dalam satu hari
untuk kita merancang waktu yang telah
diberi.
Kita lihat dalam sejarah ketika mana
tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang menawan Kota
Konstatinopel yang menggunakan strategi untuk membawa kapal laut untuk merentas
daratan bagi mengalahkan pasukan Byzantine.Ia adalah satu buah fikiran yang
baik yang telah dikeluarkan bagi menewaskan musuh dan dengan takdir Allah ternyata berjaya.
Selain daripada itu, kita lihat
perancangan Tatar yang diketuai oleh Hulagu
Khan mengumpul tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun untuk menjatuhkan
kerajaan besar Islam ketika itu iaitu Kerajaan Bani Abbasiyah yang bertakhta di
Baghdad. Kekalahan Islam yang mudah ini diakibatkan oleh kelemahan tentera
Islam dan konflik dalaman yang berlaku dalam kerajaan Bani Abbasiyah yang mengakibatkan penduduk Islam yang
terkorban berjumlah sekitar 1,800,000 orang.
Oleh hal yang demikian, kita berpindah
kepada realiti semasa yang menunjukkan negara Islam yang sedang ditindas antaranya
negara Myanmar, Syria, Palestin, dan beberapa negara lain lagi menunjukkan
‘pelaksanaan perancangan’ musuh yang sedang berlaku satu demi satu. Perkara ini
menunjukkan kita sebuah perkara yang berulang dan menunjukkan ke manakah peranan umat Islam ketika ini
untuk membangkitkan Islam.
Selari
dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
‘’Dan janganlah kamu
lemah(hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau
kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita
sakitnya seperti kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka
tidak harapkan (iaitu balasan baik pada hari akhirat kelak). Dan ingatlah Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’’.
‘’Memurnikan
Pemikiran Meribat Kesatuan''
Disediakan
oleh:
Muhammad Auzaie bin Roslan
Bendahari KehormatBKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan