Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

QUEEN'S VOLLEYBALL : Membentuk Mujahidah Proaktif

Imej
25 JANUARI 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Kesenian dan Sukan telah mengadakan aktiviti sukan Queen's Volleyball yang bertempat di Nadi As-Salab, Zahra' khusus untuk akhawat. Antara tujuan utama pelaksanaan aktiviti sukan ini adalah untuk menjadikan sukan sebagai medium khusus bagi ahli beriadah di samping  merapatkan ukhuwah antara ahli BKASM dan melahirkan ahli yang aktif dan sihat. Program bermula dengan pembahagian kumpulan diantara peserta. Setelah itu, bermulanya perlawanan persahabatan diantara kumpulan. Aktiviti ini juga telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peserta akhawat. Semoga dengan pelaksanaan aktiviti sukan ini dapat menjalinkan tautan ukhuwah dan melahirkan ahli BKASM yang cergas khususnya mahasiswi bertepatan dengan objektif yang dicapai. "Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan" Disediakan oleh : Setiausaha Lajnah Kesenian dan Suka...

[ KENYATAAN YDP BKAN : PROGRAM HARI THAQAFAH MAHASISWA (HAMASAH) MEGA BAKAL DILAKSANAKAN ]

Imej
Isnin, 27 Feb 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan anak Malaysia di Mesir yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya dalam pelbagai aspek. Antaranya melalui mekanisme akademik, thaqafah, tarbiah , kemasyarakatan dan lain-lain. Bertarikh 27 Februari 2017, satu perjumpaan bersama telah diadakan oleh Majlis Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bertempat Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra,  Asrama Rumah Negeri Perlis. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkaitan inisiatif peningkatan thaqafah mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Dalam perbincangan tersebut, seluruh YDP bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas secara berpusat dalam menggerakkan program HAMASAH MEGA dengan lebih tersusun. Antara objektif program ini adalah melahirkan mahasiswa/wi beramal yang memahami dengan jelas 4 perkara iaitu : 1. Penyusunan Aulawiyat dalam kehidupan seharian. 2. Pemilihan dan mengikut kumpulan yang sebenarnya. 3. Prinsip kesatuan di k...

HATI YANG PUAS LAGI DIREDAI Nukilan Siswa siri 15

Imej
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :   “Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” (Surah Al Fajr : ayat 27-30)        Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupannya. Di antara cara-cara memimpin hati adalah ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya adalah untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tiada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan. Pelbagai perkara dapat kita lakukan untuk mendapatkan hati yang bersih antaranya melalui Mujahadatunnafsi , Istiqamah,Tafakur,bergaul dengan orang yang baik dan pimpinan mursyid.      ...

BENGKEL & PELANCARAN TEAM HUFFAZ : PENCETUS SEMANGAT MENGHAFAZ AL-QURAN

Imej
20 Februari 2017 – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Pendidikan telah mengadakan Bengkel Teknik Penghafazan Al-Quran yang bertempat di Musolla Darul Ehsan, Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Antara objektif perlaksanaan bengkel ini adalah bagi meningkatkan motivasi kepada mahasiswa-mahasiswi dalam menghafaz Al-Quran serta meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam perkuliahan terutama subjek Al-Quran. Bengkel dimulakan seusai solat Isyak sekitar jam 8.00 malam. Bengkel ini disampaikan oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria, Ketua Unit Bait Muslim BKAWM sesi 2016/2017. Kertas kerja dibentangkan satu persatu oleh pengisi diselangi telatah santai yang menghidupkan suasana bengkel. Setiap peserta memberikan fokus dan penelitian pada setiap pengisian yang diberikan. Antara yang dibincangkan adalah cara mempelajari Al-Quran, masalah dan sebab yang wujud ketika mahu menghafaz, teknik mengulang hafazan dan lain-lain lagi. Bengkel berakhir pad...

SHELL ’17 : JAULAH TARBAWI DUMYAT

Imej
9,11 dan 12 FEBRUARI 2017, DUMYAT - Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah meganjurkan jaulah musim sejuk di Dumyat.               Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meribatkan ukhuwah dalam kalangan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  serta dapat menyemai nilai tarbiah dan thaqafah.Jaulah pada sesi ini telah dinamakan Shita’ El Dumyat (SHELL’17).              Jaulah kali ini telah diadakan pada 9 Februari 2017 di sebelah akhawat. Seramai 96 orang peserta dalam kalangan ahli telah mengikuti jaulah ini.Pelbagai aktiviti yang menarik  telah diadakan. Antaranya, Senamrobik, Kuiz, Sukaneka, mengutip kerang, pertandingan lensa alam dan juga membeli belah di Port Said. Manakala di sebelah ikhwah pula jaulah tersebut telah diadakan pada 11 Februari 2017 hingga 1...

MAQASID MAINAN ATAU SYARIE? Nukilan Siswa siri 14

Imej
Orientalis barat terkenal dengan sikap mereka yang bermuka-muka dalam agama. Dalam era serangan pemikiran yang semakin menular di kalangan umat Islam, mereka menjadikan maqasid sebagai hujah utama dalam menolak pelaksanaan syariat Islam di negara umat Islam.   Secara umumnya, maqasid boleh didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudaratan. Namun demikian, maqasid perlu difahami berlandaskan nas al-Quran supaya dapat mengelakkan kekeliruan yang berlaku yang akhirnya menjauhkan umat Islam dari landasan yang benar.    Dalam memahami nas, sama ada dari al-Quran mahupun hadis, terdapat tiga golongan yang membahagikan Fiqh Nusus dari perspektif Al-Maqasid. Golongan pertama dikenali sebagai mereka yang berpegang kuat dengan nusus dan melupakan maqasid. Seterusnya, golongan kedua pula ialah mereka yang melupakan nusus dengan melihat maslahah umum dan maqasid yang menyeluruh, manakala golongan ketiga ialah golongan wasatiyy...

HELWAH ' 17 MERIBAT HATI AHLI BKASM

Imej
              7-9 FEBRUARI 2017, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor sesi 2016/2017 telah menganjurkan Hari Keluarga BKASM yang dinamakan Hari Lestari Ukhuwah 2017 (HELWAH ’17) yang  membawa maksud satu hari yang gembira untuk meribatkan ukhuwah.           HELWAH ’17 kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh ahli. Seramai 130 orang ikhwah dan 180 orang akhawat telah mendaftarkan diri untuk menyertai Hari Keluarga BKASM pada tahun ini.           Dengan konsep kekeluargaan yang bertemakan “Ukhuwah Terpateri Jalinan Di Hati”, pelbagai aktiviti telah dirancang di peringkat pelaksana untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli. Antara aktiviti yang diadakan di peringkat ikhwah adalah Indoor Games , Outdoor Games , Super Spontan, sentuhan qalbu, dan pelbagai lagi. HELWAH’ 17 di peringkat ikhwah ditutup dengan Malam Kebudayaan I...

JADILAH GOLONGAN YANG BEKERJA Nukilan Siswa Siri 13

Imej
“Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku. Tapi jika engkau telah memerdekakanku kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepadaNya”             Jawapan yang dilontarkan Saidina Bilal bin Rabah kepada Khalifah Pertama Islam, Saidina Abu Bakar R.A tatkala beliau ragu untuk membenarkan Bilal menyertai jentera peperangan ke negeri Syam. Lalu dengan rela hati, Saidina Abu Bakar mengizinkannya. Sudah pastinya Saidina Bilal beriman dengan ayat Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke-142; “Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk ke syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”             Jika iman itu hanya terbukti den...

ISLAM ITU ZAHIR Nukilan Siswa Siri 12

Imej
Menjadi sunatullah bahawasanya kebenaran itu akan mengalahkan kebatilan. Islam datang membawa cahaya membebaskan manusia dari kegelapan jahiliyah . Kemenangan itu adalah pasti. Seperti firman Allah di dalam surah Al Isra’ ayat 81 :                    “ Dan katakanlah : Kebenaran telah datang dan kebatilan akan lenyap. Sesungguhnya kebatilan itu (pasti) akan lenyap. “ Kehidupan itu seperti roda. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Menyingkap kembali sejarah silam, yang mana Islam telah mendapat tempat dan menjadi pilihan penduduk Quraisy dan masyarakat sejagat. Islam terus tersebar dari satu kawasan ke satu kawasan dan banyak kemenangan umat Islam tercatat di dalam Al Quran. Namun berubahnya zaman, selepas sepeninggalan Rasulullah diikuti kematian para sahabat al-Rasyidin, kehilangan tabi’ dan tabi’in umat Islam semakin lemah dan goyah. Zaman terus berlalu, pemerintahan Umaiyah...

HANDBALL : MELAHIRKAN SRIKANDI YANG AKTIF

Imej
28 JANUARI 2017, KAHERAH -Lajnah Kesenian dan Sukan (LKS) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Srikandi Handball Game yang bertempat di Nadi As-Salab, Zahra'. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli BKASM khususnya mahasiswi selain menjadikan sukan sebagai medan ahli untuk beriadah. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran ahli tentang penjagaan kesihatan dan keseimbangan antara jasmani dan rohani. Program ini telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli BKASM. Program ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua 2 iaitu Saudari Aisyah bt Mhd Shukeri. Semoga program yang dijalankan ini dapat meribat ukhuwah dan memperkukuh kesatuan serta kebersamaan antara ahli BKASM khususnya mahasiswi bertepatan dengan objektif yang dicapai. "Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan" Dis...