JADILAH GOLONGAN YANG BEKERJA Nukilan Siswa Siri 13
“Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri,
maka engkau berhak menahanku. Tapi jika engkau telah memerdekakanku kerana
Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepadaNya”
Jawapan yang dilontarkan Saidina
Bilal bin Rabah kepada Khalifah Pertama Islam, Saidina Abu Bakar R.A tatkala
beliau ragu untuk membenarkan Bilal menyertai jentera peperangan ke negeri
Syam. Lalu dengan rela hati, Saidina Abu Bakar mengizinkannya.
Sudah pastinya
Saidina Bilal beriman dengan ayat Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke-142;
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu
akan masuk ke syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya)
orang-orang Yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara
kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal
hati dalam perjuangan)?”
Jika iman
itu hanya terbukti dengan amal ibadah sahaja, pastinya Saidina Bilal terus
berada di Madinah. Tapi mengapa beliau memilih untuk berjihad?. Sudah pasti
untuk membuktikan keimanan dan kecintaanya kepada Allah dan Rasul Nya. Kerana
beliau cukup mengerti, Islam yang dianuti bukan sahaja untuk dirinya semata-mata
malah perlu memastikan manusia lain turut merasakan rahmat dan nikmatnya hidup
berlandaskan syariat. Maka tidak hairanlah beliau memilih untuk berjihad, dan
bekerja untuk memastikan urusan manusia ditadbir dengan Islam.
Cukuplah kita menyedari peranan kita
yang sebenar, tatkala membaca bait-bait syair yang dihantar oleh Imam Abdullah
bin Mubarak sebagai satu teguran kepada Syeikh Fudhail bin Iyadh :
“Wahai ahli Ibadah di dua tanah haram, jika kamu
melihat kami,
Kamu akan dapati bahawa kamu sedang
bermain-main dalam ibadah kamu.
Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah.
Dia memenatkan kudanya dengan sia-sia,
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari
peperangan.
Kamu
berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami,
Adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan
peperangan.”
“Memurnikan Pemikiran
Meribat Kebersamaan”
Disediakan oleh:
Nabil Rusyaidi bin Ramli
Ketua Lajnah Penempatan
dan Perumahan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan