MUSLIMAHKU, INILAH KEMULIAANMU ! Nukilan Siswa Siri 20

Islam sebagai aturan utama kehidupan daripada Allah S.W.T. Manusia sama ada lelaki mahupun wanita telah diberi panduan, peranan dan fungsi yang baik dalam menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Perbezaan ini tidak boleh dipandang ada kesamarataan atau ketidaksamarataan gender, melainkan semata-mata ia hanyalah pembahagian tugas yang sama-sama penting dalam upaya merealisasikan tujuan kehidupan yang sebenar iaitu kebahagiaan hakiki di bawah reda Ilahi. Pengkhususan hukum dalam Islam bagi lelaki dan wanita tidak bermakna adanya penghinaan atau dominasi satu pihak ke atas pihak yang lain. Masing-masing mempunyai kesempatan dan peluang yang sama untuk meraih kemuliaan dan taqwa di sisiNya. Firman Allah Azza Wa Jalla : يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر أو أنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير “Hai manusia, sesungguhnya Kami men...