JADILAH RIBBIYYUN ! Nukilan Siswa Siri 19
Kita mungkin boleh
meniru para salafussoleh dalam memenuhi tuntutan qiam dan solat mereka akan
tetapi amat sukar untuk meniru dalam memberi kesetiaan yang tinggi dalam
perjuangan mereka menjaga agama islam.
Betapa ramai yang mampu untuk
memenuhi kuota haji dan umrah akan tetapi amat malang apabila meletakkan
masyarakat bukan urusan mereka.
Kita mampu untuk memberi nasihat dan
pengajaran untuk terus maju ke hadapan terhadap ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat
dan yang lain tetapi amat sukar untuk mendidik mereka supaya sayang dan cinta
terhadap apa yang ditinggalkan dan dirasai oleh Rasulullah S.A.W.
Telah tiba saatnya kita kembali kepada
Allah dengan meninggalkan segala keseronokan dan syahwat. Telah tiba saatnya
kita menghiasi diri dengan akhlak yang
mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan dan perjuangan
Rasulullah S.A.W. Janganlah kita hanya mengenali baginda tetapi enggan mengikut
baginda. Ahli kitab yang pada awalnya kelihatan tidak sabar-sabar mahu bersama
nabi akhir zaman rupa-rupanya mereka hanya mahir berkaitan biodata dan maklumat
berkaitan nabi tetapi enggan mengikuti ajaran nabi. Firman Allah S.W.T di dalam
al-Quran yang bermaksud :
“merekalah yang telah kami kurniakan
kitab, mereka mengetahui tentangnya(nabi) seperti mereka kenal anak-anak
mereka. dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka menyembunyikan kebenaran
sedangkan mereka tahu.” (Surah Al-Baqarah : ayat 146)
Jadilah Ribbiyyun !!!
Al quran telah menjelaskan ciri-ciri
khusus tentang golongan yang setia dengan ajaran para nabi dan rasul. Firman Allah
S.W.T yang bermaksud :
“dan berapa ramai nabi
yang berjuang, bersama mereka pengikut-pengikut yang bertakwa yang ramai. Mereka
tidak merasa terhina dengan cabaran yang ditempuhi sepanjang berada di jalan Allah,
mereka tidak lemah dan mereka tidak menyerah kalah. Allah amat mengasihi
golongan yang sabar.” (Surah Ali Imran : ayat 146)
Untuk
menjadi ribbiyun mestilah kuat bersabar dengan islam apatah lagi kita
berada di zaman fitnah Islamophobia pada hari ini.
Zaman umat terlalu merindukan
Nabi.
Perkara bohong menjadi benar dan
perkara benar menjadi bohong. Amanah menjadi khianat,Khianat menjadi amanah. Dunia
menjadi jahanam, manusia hilang kewarasan. Paradigma manusia menjadi songsang.
Ketika itu, umat islam seolah-olah menjadikan
angan-angan bertemu dengan nabi sebagai nikmat yang meringankan penderitaan
yang sedang mereka alami.
Biarlah ungkapan
sayang dan rindu kita kepada nabi sepadan dengan kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Jadilah seorang muslim yang beriman, mendukung
iman dan memperjuangkan iman.
“Memurnikan Pemikiran
Meribat Kebersamaan”
Disediakan oleh :
Muhamad Nazif bin Shaari
Yang Dipertua
BKASM sesi 2016/2017
Disediakan oleh :
Muhamad Nazif bin Shaari
Yang Dipertua
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan